Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Makin banyak COE diperuntukkan dari Nov 2018-Jan 2019; naik sekitar 9%

Kuota sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) antara November 2018 hingga Januari 2019 akan dinaikkan sekitar 9 peratus berbanding suku sebelumnya, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (18 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Oct 2018 11:41AM Dikemas Kini : 18 Oct 2018 09:38PM

SINGAPURA: Kuota sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) antara November 2018 hingga Januari 2019 akan dinaikkan sekitar 9 peratus berbanding suku sebelumnya, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (18 Okt).

Secara keseluruhannya, sebanyak 30,143 COE akan diperuntukkan bagi semua kategori kenderaan dalam tempoh tiga bulan akan datang, bermula November ini berbanding 27,683 COE dari Ogos hingga Oktober.

Kuota bagi kereta kecil (Kategori A) meningkat, manakala kereta-kereta dalam Kategori B susut sedikit.

Bagi Kategori A, iaitu untuk kereta-kereta sehingga 1,600cc dan kuasa kuda yang tidak melebihi 97kW, sejumlah 10,894 COE akan diperuntukkan. Purata kuota bulanan adalah 3,631.

Kategori B untuk kereta-kereta melepasi 1,600cc atau kuasa kuda maksimum yang melebihi 97kW, kuota COE yang diperuntukkan adalah 7,414, rendah sedikit jika dibandingkan dengan suku sebelumnya. Dengan ini, purata kuota bulanan adalah 2,471.

COE bagi Kategori Terbuka akan diperuntukkan kuota 3,237, dengan purata bulanan bagi suku ini adalah 1,079.

Kenderaan muatan dan bas dalam Kategori C akan diperuntukkan kuota 1,976 dan purata kuota bulanannya adalah 658.

Kuota COE bagi motosikal dalam Kategori D adalah 6,622 dan purata kuota bulanannya bagi suku ini adalah 2,207.

COE yang diperuntukkan untuk motosikal melonjak sekitar 35 peratus berbanding suku lalu, yang memperuntukkan kuota sebanyak 4,919. 

Sumber : CNA/AW/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan