Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MakcikAlertSG ligat dampingi masyarakat pertingkat usaha cintai bumi

Tiga wanita bersaudara tampil di media sosial untuk menggalak gaya hidup mesra alam di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
MakcikAlertSG ligat dampingi masyarakat pertingkat usaha cintai bumi

Tiga beradik dikenali sebagai MakcikAlertSG ligat mendekati masyarakat dalam usaha mencintai bumi.

SINGAPURA: Tiga wanita bersaudara tampil di media sosial untuk menggalak gaya hidup mesra alam di Singapura.

Walaupun sudah pertengahan usia,mereka yang dikenali sebagai MakcikAlertSG ligat mendekati masyarakat dalam usaha mencintai bumi.

Golongan pencinta bumi hari ini antara lain disibukkan dengan kadar kitar semula plastik yang rendah - serendah 4 peratus sahaja.

Namun, sebelum tercipta kemudahan beg plastik pada tahun 1950-an, orang lama lebih dahulu mengamalkan gaya hidup mesra alam seperti mengitar tin susu menjadi bekas minuman untuk dibawa pergi.

Lantaran itu, golongan berumur seperti para makcik juga punya peranan untuk menyebar mesej cintai bumi.

"Pendidikan itu bermula dari rumah, siapa lagi yang harus mulakan dari rumah? Kitalah! Kita ajar anak-anak kita dari sekarang," ungkap Cik Noorhayati Mustapha, seorang anggota MakcikAlertSG.

Pelbagai cabaran dilakukan tiga beradik MakcikAlertSG, berkat kesedaran akan peranan mereka.

"Sisa makanan yang kita buang, berat sisa makanan itu sama dengan berat lebih daripada 50,000 bas dua tingkat. Cuba cari cara untuk kita menggunakan sisa makanan untuk buat hidangan baharu yang lazat," saran Cik Nor Lastrina Hamid, Aktivis Mesra Alam & Pengasa-Bersama, Belia Singapura bagi Tindakan Iklim (SYCA).

"Saya baru sedar saya sudah buang terlalu banyak sayur sebenarnya. Saya tak pernah kitar semula. Jadi selepas ini, saya akan terapkan di rumah dan mengajarkan kepada anak-anak," kata seorang lagi anggota MakcikAlertSG, Sophiela Mustapha.

Para aktivis yang kami temui berkongsi pendapat lebih banyak perbincangan bagi menggalak gaya hidup cintai bumi boleh dijalankan di wadah santai media sosial oleh para pempengaruh seperti MakcikAlertSG. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan