Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

‘Makcik Kerepek’ muncul sebagai juara amal, sempena #GivingWeekSg

Walaupun projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) sering dikaitkan dengan syarikat-syarikat besar, ia tidak bererti perniagaan kecil tidak berupaya membantu golongan memerlukan.

Anggaran Waktu Membaca:
‘Makcik Kerepek’ muncul sebagai juara amal, sempena #GivingWeekSg

Para penganjur, peniaga dan penerima sumbangan kempen Hidangan Memberi. (Gambar: HalalFoodHunt)

SINGAPURA: Walaupun projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) sering dikaitkan dengan syarikat-syarikat besar, ia tidak bererti perniagaan kecil tidak berupaya membantu golongan memerlukan.

Itulah yang dibuktikan Yolkalicious, sebuah perniagaan sambilan dari rumah yang menyertai kempen amal Hidangan Memberi (Giving Dish) anjuran Halalfoodhunt.com, sempena Minggu Memberi Singapura (Giving Week Singapore) awal bulan ini.

Dalam satu acara penyampaian derma malam semalam (21 December) di T Bob’s Corner, Yolkalicious muncul sebagai perniagaan yang mengumpul dana tertinggi dari kalangan sembilan tempat makan yang menyokong inisiatif ‘Hidangan Memberi’ itu – dengan jumlah terkumpul sebanyak $616.

Puan Nini Yunizah Yusoff (kiri) dari Yolkalicious, menyerahkan sumbangan kepada puan Hana Saemon, pengasas LIFE SG. (Gambar: HalalFoodHunt)

Cik Nini Yunizah Yusuff (kiri) dari Yolkalicious, menyerahkan sumbangan kepada Cik Hana Saemon, pengasas LIFE SG. (Gambar: HalalFoodHunt)

Ini walaupun Yolkalicious merupakan satu-satunya perniagaan dari rumah, dan baru beroperasi selama sekitar enam bulan.

Pengasas Yolkalicious, Cik Nini Yunizah Yusuff, yang juga ibu kepada seorang anak berumur dua tahun, berkongsi rasa besar hatinya kerana dapat membantu badan kebajikan LIFE SG – yang berusaha membantu pelajar memerlukan.

“Setelah mendengar sendiri penyampaian daripada badan kebajikan pilihan kami, LIFE SG, saya rasa usaha ini amat berbaloi sekali.

"Saya sendiri mempunyai seorang anak, dan LIFE SG pula membantu kanak-kanak untuk memanfaatkan sistem pendidikan Singapura dengan terbaik,” kongsi Cik Nini.

Beliau, yang juga bekerja sepenuh masa sebagai seorang penolong pentadbiran, menjual makanan kerepek kentang telur asin.

Cik Nini menambah bahawa dalam Minggu Memberi Singapura sahaja, beliau menerima sekitar 90 tempahan. Ini berbanding purata 50 pesanan seminggu yang lazimnya beliau terima sebelum ini.

“Saya rasa, saya perlukan setahun untuk pulih dari penat ini. Kaki saya bagaikan hendak terputus!” tambah Cik Nini berseloroh.

Para peniaga lain yang terlibat sama dalam kempen Hidangan Memberi ini turut berkongsi rasa gembira mereka kerana dapat membantu.

Cik Indah Nabielah Zulkarnain, 24 tahun, seorang rakan kongsi restoran T Bob’s Corner, berkata: “Kami amat mempercayai peri pentingnya kerja-kerja kemasyarakatan dan amat berharap untuk meneruskan kerja sebegini pada masa hadapan. Namun, kami akan memakan masa yang lama sedikit agar dapat merancang projek seterusnya dengan lebih teliti.”

Puan Indah Nabielah (kiri) dari T Bob’s Corner, menyerahkan sumbangan kepada puan Hana Saemon, pengasas LIFE SG. (Gambar: HalalFoodHunt)

Cik Indah Nabielah (kiri) dari T Bob’s Corner, menyerahkan sumbangan kepada Cik Hana Saemon, pengasas LIFE SG. (Gambar: HalalFoodHunt)

Bagi kempen Hidangan Memberi, setiap peniaga yang terlibat memilih satu hidangan di mana sebahagian ataupun keseluruhan hasil penjualannya didermakan kepada badan-badan amal LIFE SG dan Project Goodwill Aid.

Kempen yang diadakan buat julung-julung kalinya berjaya menjual melebihi 1,400 hidangan, dan mengumpul lebih daripada $2,000. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan