Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Makan di luar paling murah di Toa Payoh; paling mahal di Bishan: Kajian IPS

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu pasukan penyelidik di Institut Pengajian Dasar (IPS) mengeluarkan edisi kedua Indeks Makan pada Isnin (13 Mac), Kajian itu dibuat di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup, dengan kadar inflasi teras Singapura meningkat sebanyak 5.5 peratus pada Januari, tengah-tengah kos sara hidup yang meningkat, dengan kadar inflasi teras Singapura meningkat sebanyak 5.5 peratus pada Januari, kadar terpantas dalam lebih 14 tahun.

Indeks itu meninjau kos hidangan di pusat-pusat penjaja, kedai kopi dan pusat makanan di merata Singapura bagi menganggarkan kos purata apabila seseorang makan di luar.

Ia mendapati ramai pegerai tidak menaikkan harga antara akhir tahun lalu dan awal tahun ini.

Bagi mereka yang berbuat demikian, kebanyakannya hanya menaikkan harga tidak melebihi 30 sen untuk setiap barangan makanan yang dijual kerana bimbang akan kehilangan pelanggan mereka.

Kebanyakan barangan makanan yang ditinjau juga naik tidak melebihi 10 sen secara purata.

Harga-harga itu ditinjau dua kali dalam tempoh enam bulan lalu dari September hingga Februari melibatkan 829 kedai makanan.

Bagi kategori minuman, harga secawan Milo ais naik paling tinggi iaitu sebanyak 12 sen atau 7 peratus secara purata.

Bagi makanan pula, sop ikan dihiris dengan nasi naik 28 sen atau 5 peratus sementara mi bebola ikan juga naik 5 peratus atau 19 sen, dalam tempoh yang sama.

Satu-satunya hidangan yang tidak berubah harga ialah bihun sayuran.

Bagi estet yang menjual hidangan murah pula, tinjauan itu mendapati penduduk boleh menikmati sarapan semurah S$2 di Bukit Panjang, Jurong West dan Toa Payoh manakala bagi makan malam di Jurong East, berharga S$2.80.

Hidangan mi wantan dan kopi O di Bishan bagaimanapun boleh menelan belanja hampir S$10.

Sementara itu, 'chicken chop' atau nasi beriani dengan Milo ais di Queenstown dan Tampines, harganya hampir S$15.

Tinjauan itu juga mendapati harga purata untuk makan tiga kali sehari di luar adalah hampir S$17 sehari.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan