Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majoriti sokong pemberitahuan mandatori pelanggaran data

Siri rundingan awam pertama berhubung semakan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) ditutup hari ini (1 Feb), dan majoriti daripada 68 maklum balas yang diterima "menyokong" usulan meminda akta itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Majoriti sokong pemberitahuan mandatori pelanggaran data

(Gambar: AFP/Kirill KUDRYAVTSEV)

Diterbitkan : 01 Feb 2018 10:04PM Dikemas Kini : 01 Feb 2018 10:13PM

SINGAPURA: Siri rundingan awam pertama berhubung semakan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) ditutup hari ini (1 Feb), dan majoriti daripada 68 maklum balas yang diterima "menyokong" usulan meminda akta itu.

Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) mengeluarkan responsnya terhadap rundingan awam hari ini (1 Feb) dan mendapati majoriti bersetuju dengan pendekatan untuk mengimbangi antara keperluan sebuah pertubuhan mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi dengan hak individu-individu untuk melindungi data mereka.

Agensi itu yang mengusulkan pindaan terhadap akta itu Julai lalu, menyatakan bahawa pemberitahuan hanya diwajibkan ketika ada risiko bahaya pada para pelanggan.

Pertubuhan-pertubuhan juga perlu memaklumkan PDPC sekiranya hal seperti ini berlaku di mana "pencerobohan yang serius berlaku", seperti ketika data lebih 500 orang dibocorkan, menurut saranan-saranan yang dikemukakan.

Majoriti responden tidak bersetuju dengan saranan ini dan beberapa orang juga menyarankan supaya ia tidak dijadikan sebagai satu kriteria. PDPC menyatakan bahawa ia berniat untuk mengekalkan kriteria yang menentukan sama ada syarikat perlu membuat pemberitahuan.

"Ini penting bagi memastikan PDPC mampu memantau pasaran dengan berkesan bagi pencerobohan berskala besar. PDPC akan menyediakan nasihat lanjut dalam menilai berapa besar kesan garis panduan tersebut," menurutnya.

Kebanyakan responden juga mengulangi peri perlunya pihak agensi menetapkan garis panduan bagi pertubuhan-pertubuhan dalam memenuhi keperluan rejim pemberitahuan, tambah PDPC.

PDPC menyatakan ini merupakan siri rundingan pertama yang diadakan untuk Akta itu, dan ia akan terus mengumpul maklum balas dan pandangan tentang bidang-bidang lain untuk disemak.

Garis panduan penasihat dan sumber-sumber lain akan disediakan bagi membantu pertubuhan-pertubuhan untuk mematuhi pindaan atau keperluan lain apabila ia diperkenalkan nanti, tambah PDPC.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan