Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majoriti pelajar Indonesia, M'sia tolak fahaman pelampau ISIS

Majoriti pelajar Indonesia yang menuntut di Mesir dan Turki menolak fahaman pelampau yang disebarkan ISIS.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Majoriti pelajar Indonesia yang menuntut di Mesir dan Turki menolak fahaman pelampau yang disebarkan ISIS.

Ini meskipun terdapat pandangan oleh sesetengah pihak bahawa negara-negara di sekitar rantau Timur Tengah menimbulkan pengaruh radikalisme ke atas para pelajar.

Dapatan itu dibentangkan oleh para penyelidik di satu seminar di ISEAS - Institut Yusof Ishak hari ini (6 Apr).

Ia terkandung dalam satu laporan utama mengenai pengaruh-pengaruh ke atas para pelajar Indonesia di Mesir dan Turki.

47 pelajar Indonesia yang mengikuti pengajian agama di Mesir dan Turki diwawancara untuk kajian ini.

Tujuannya, untuk mengkaji sejauh mana pandangan mereka tentang politik, budaya dan agama, dipengaruhi oleh negara-negara di mana mereka belajar.

Para pelajar juga telah ditanya tentang pandangan mereka mengenai ISIS.

Mereka menolak keras keganasan dan perpecahan yang dicetuskan ISIS dan menganggap konsep khilafahnya sebagai tidak tepat.

Pengarah Institut Analisis Dasar menegenai Konflik Sidney Jones berkata: "Sebetulnya jarang sekali ada yang menyokong ISIS, di kalangan mahasiswa yang belajar di Timur Tengah. Dan kalau kita menghitung dari semua orang Indonesia yang menyertai ISIS cuma empat melakukannya semasa belajar di Timur Tengah."

Dua daripada mereka merupakan pelajar di Turki yang mendapatinya sukar untuk menyesuaikan diri dan mengikuti pengajian agama di sekolah baru mereka.

Kesulitan inilah antara penyebab pelajar-pelajar itu mula rasa terasing dan di dalam kumpulan mereka mula menonton video-video ISIS.

"Tidak ada satu faktor, tetapi berbagai faktor misalnya di Mesir itu mereka sudah ada hubungan dengan kelompok radikal waktu mereka masih di Indonesia. Kalau di Turki sama sekali tidak ada hubungan dengan kelompok radikal di Indonesia tetapi mereka ada banyak masalah peribadi," Penyelidik Institut Analisis Dasar mengenai Konflik, Navhat Nuraniyah memberitahu BERITAMediacorp.

Laporan setebal 700 mukasurat iyu juga ditulis bersama oleh Anthony Bubalo dari Institut Lowy di Australia dan ia akan diterbitkan minggu depan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa