Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majoriti alu-alukan ujian bahasa Inggeris jadi sebahagian proses permohonan kerakyatan SG

Anggaran Waktu Membaca:
Majoriti alu-alukan ujian bahasa Inggeris jadi sebahagian proses permohonan kerakyatan SG

(Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

SINGAPURA: Sebahagian besar warga yang dilajhirkan di Singapura percaya bahawa ujian bahasa Inggeris harus dijadikan sebagai sebahagian daripada proses permohonan kerakyatan Singapura.

Demikian menurut satu tinjauan Mediacorp.

Hampir 80 peratus daripada 500 responden berpihak kepada ujian tersebut, berikutan cadangan di Parlimen bulan lalu yang mencetus perbincangan hangat dalam kalangan orang awam.

Keupayaan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (51 peratus), sumbangan ekonomi (51 peratus) dan hubungan kekeluargaan dengan Singapura (45 peratus) juga disenaraikan sebagai tiga kriteria paling penting, yang mana para responden berasa perlu disertakan untuk menilai permohonan kerakyatan.

Tinjauan yang ditugaskan oleh CNA dan dikendalikan oleh agensi penyelidikan pasaran milik Mediacorp, MRP, meninjau warga Singapura antara 18 dengan 69 tahun. Tinjauan perwakilan berdasarkan demografi itu dijalankan selama seminggu dari 8 hingga 15 Mac.

Sebanyak 78 peratus responden berpendapat bahawa ia penting bagi warga baru untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Manakala 53 peratus berkata bahawa permohonan patut ditolak jika mereka tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Berkaitan tahap kemahiran yang patut dimiliki para pemohon kerakyatan, 52 peratus daripada responden berkata bahawa mereka sekurang-kurangnya boleh bertutur tetapi tidak berupaya membaca atau menulis dalam bahasa Inggeris. Manakala 41 peratus berkata mereka harus mahir bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris.

Tujuh peratus berkata bahawa para pemohon harus fasih bertutur, membaca atau menulis dalam bahasa Inggeris.

Pada 27 Februari ketika perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS), ketua pembangkan Pritam Singh berkata bahawa beliau akan menyokong ujian bahasa Inggeris ketika menilai permohonan kerakyatan atau status penduduk tetap (PR) seseorang.
APA KATA AHLI SOSIOLOGI

Menurut pandangan Penolong Profesor Shannon Ang dari Universiti Teknologi Nanyang, beliau menolak ujian bahasa Inggeris yang mungkin memihak kepada mereka yang mempunyai lebih banyak sumber.

Sebaliknya, Singapura boleh mencuba untuk mewujudkan persekitaran di mana para pendatang asing melihat keperluan dan nilai mempelajari bahasa Inggeris, cadangnya.

Penolong Profesor Ang menarik perhatian kepada kadar kesuburan Singapura yang terus menurun, negara ini harus melihat ke arah penghijrahan untuk menambah jumlah penduduk dan tenaga kerja.

Menurut data Banci Penduduk Singapura 2020, 72.3 peratus penduduk Singapura dilahirkan di luar Singapura fasih dalam bahasa Inggeris.

Melihat kepada tiga negara teratas berdasarkan asal usul (India, Malaysia dan China), kadar celik huruf dalam kalangan mereka yang berasal dari China adalah paling rendah pada 61.8 peratus, kata Penolong Profesor Ang.

"Masalah di sini bukanlah pendatang China tidak boleh 'berintegrasi' disebabkan kekurangan mereka dalam bahasa - mereka mungkin akan mampu melakukannya dengan baik - tetapi kebimbangan bahawa mereka akan mengancam tanggapan kita tentang sejauh mana inklusif sesebuah masyarakat berbilang kaum, yang mana bahasa Inggerits adalah asasnya."

Tinjauan CNA menunjukkan perkara yang sama. Sembilan puluh empat peratus responden berbangsa Melayu, serta 86 peratus berbangsa Indian serta responden lain, berkata bahawa perlunya ujian bahasa Inggeris bagi permohonan kerakyatan Singapura. Ia dibandingkan dengan 76 peratus responden berbangsa Cina.

Begitu juga dengan 66 peratus responden berbangsa Melayu dan 63 peratus responden berbangsa India yang merasakan bahawa ia adalah penting bagi warga baru Singapura untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Hanya 47 peratus responden berbangsa Cina merasakan perkara itu adalah penting.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan