Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majlis WSH gesa penilaian langkah keselamatan trafik di stesen minyak

Anggaran Waktu Membaca:
Majlis WSH gesa penilaian langkah keselamatan trafik di stesen minyak

Gambar: Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH)

SINGAPURA: Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) menyeru semua syarikat yang mengendalikan stesen-stesen minyak supaya melakukan penilaian semula terhadap langkah keselamatan trafik masing-masing bagi mengelakkan berlaku nahas kenderaan.

Ini menyusuli satu kemalangan maut pada bulan lalu di sebuah stesen minyak di 61 Sengkang East Road.

Dalam nahas tersebut seorang pekerja stesen itu meninggal dunia setelah dilanggar sebuah kereta yang hendak keluar daripada tempat mengisi minyak.

Ia sekali gus merupakan kematian kedua di tempat kerja pada bulan ini.

Lelaki 42 tahun yang memandu kereta itu sedang membantu siasatan polis.

Mediacorp sudahpun menghubungi Shell untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menurut Majlis WSH, syarikat-syarikat seharusnya segera menilai dan memastikan bahawa sistem pengurusan WSH disertakan langkah-langkah atau pemeriksaan seperti berikut.

PELAN PENGURUSAN TRAFIK (TMP)

TMP sepatutnya dikuatkuasakan untuk mengurangkan risiko pelanggaran kenderaan dan memperbaiki keselamatan bagi semua orang di stesen minyak, nyata Majlis WSH.

KOMUNIKASI BAHAYA

Para pekerja patut diberi taklimat mengenai kemungkinan bahaya di tempat kerja dan bahaya berjalan kaki jika tumpuan terganggu, misalnya berjalan ketika menggunakan telefon bimbit di stesen minyak.

Pergerakan dari dan ke kawasan pam hanya boleh dilakukan di laluan pejalan kaki yang ditetapkan, tegas WSH.

Setiap pekerja seharusnya dilengkapi dengan jaket pantul cahaya dengan darjah penglihatan tinggi.

DENDA


Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja, pesalah korporat kali pertama boleh didenda sehingga S$500,000, sementara individu-individu boleh didenda sehingga S$200,000 dan/atau dipenjara sehingga dua tahun.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan