Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majlis Resusitasi Kebangsaan, Majlis Pertolongan Cemas Kebangsaan digabungkan

Majlis Resusitasi Kebangsaan (NRC) dan Majlis Pertolongan Cemas Kebangsaan akan digabungkan mulai April ini menjadi Majlis Resusitasi dan Pertolongan Cemas Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Feb 2018 09:33PM Dikemas Kini : 04 Feb 2018 09:39PM

SINGAPURA: Majlis Resusitasi Kebangsaan (NRC) dan Majlis Pertolongan Cemas Kebangsaan akan digabungkan mulai April ini menjadi Majlis Resusitasi dan Pertolongan Cemas Singapura.

Pengumuman itu dibuat di acara Hari Menyelamatkan Nyawa Nasional yang berlangsung di Hab Sukan.

Menurut NRC, langkah itu bertujuan mengurangkan pertindihan usaha antara dua majlis tersebut.

Majlis baru itu akan melengkapkan orang ramai dengan kemahiran pertolongan cemas dan menyelamatkan nyawa seperti cara melakukan bantuan pernafasan CPR.

Tahu lalu sekitar 180,000 orang dilatih dalam CPR, berbanding 32,000 orang pada 2008.
 

Sumber : CNA/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan