Majlis Pusat diarah tutup, tajaka masih beroperasi di bawah penyeliaan ECDA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Pusat Singapura (MPS) telah menghentikan operasinya selepas dikenakan notis penggulungan syarikat melalui Perintah Mahkamah.
Menurut notis Perintah Mahkamah itu tarikh penggulungan berkuat kuasa pada 20 Mei 2024.
Tuntutan itu difailkan oleh Cik Siti Hasmah Adam yang diwakili syarikat guaman Selvam LLC.
BERITA Mediacorp difahamkan Cik Siti Hasmah adalah pemilik syarikat 3 Aces yang menandatangani perjanjian berkaitan tajaka yang dikendalikan oleh Majlis Pusat pada 2015.
Cik Siti Hasmah juga pernah bertugas di tajaka itu sejak 2013.
Kontrak pengurusan tajaka itu tamat pada 2020 dan tiada perjanjian baharu yang dibuat selepas itu.
Menurut sumber dari Majlis Pusat, Cik Siti Hasmah memfailkan arahan bagi penutupan Majlis Pusat setelah gagal dalam tuntutan kewangan yang berjumlah hampir S$400,000.
Jumlah itu adalah bagi lebihan keuntungan tajaka dan kos tuntutan guaman.
"MPS menguruskan sendiri tajaka semenjak Oktober 2020. Siti Hasmah menuntut baki wang yang ada dalam akaun tajaka dan beberapa tuntutan lain melalui timbang tara," kata sumber itu kepada koresponden Rosli A Razak.
Berikutan notis Perintah Mahkamah itu, kunci pejabat Majlis Pusat di Toa Payoh Central telah diserahkan kepada pihak Penyelesai pada 23 Mei.
TAJAKA TERUS BEROPERASI DI BAWAH PENYELIAAN ECDA
Walau bagaimanapun, tajaka kendalian MPS yang terletak di Tampines Street 45 masih lagi dibenarkan beroperasi di bawah penyeliaan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) buat sementara waktu.
"Kami memaklumkan pada ECDA dan Anggota Parlimen di kawasan itu mengenai kes tuntutan itu. Kami mohon agar penutupan itu berlaku secara perlahan dan supaya jangan sampai menjejas terlalu ramai orang. Ia akan sangat menyukarkan ibu bapa anak-anak mereka. Itu telah dipersetujui pihak Penyelesai dengan ECDA," kata sumber itu lagi.
Tajaka itu mempunyai 25 kakitangan dan hampir 100 murid.
Menurut sumber itu lagi, semua kakitangan telah dibayar gaji untuk bulan lalu.
"Ini juga yang masih dibincangkan. (Gaji) bulan lalu sudah lepas. Gaji untuk yang akan datang yang jadi persoalan yang akan dibincangkan oleh pihak penyelesai. Terserah kepada mereka bagaimana untuk menguruskannya. ECDA sudah minta mereka untuk melakukannya secara berhemah sebab menurut dalam Kod Amalan ECDA, para pemegang lesen perlu memberi notis selama enam bulan setiap kali ada perubahan tetapi apabila keluar keputusan mahkamah yang begini, ia mendadak jadi serba salah jadinya sebab yang putuskan adalah mahkamah," jelas beliau.
Sebelum notis itu dikeluarkan, Majlis Pusat sepatutnya menganjurkan sebuah peraduan tulis cerpen dan keputusannya akan diumumkan dalam Pesta Buku.
Namun kini, penganjuran Pesta Buku yang keempat yang dijadualkan pada 16 hingga 18 Ogos akan diambil alih oleh Persatuan Kemuning.
MPS ditubuhkan pada 1969 dan telah menganjurkan pelbagai kegiatan masyarakat, kebudayaan dan seni.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.