Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majlis Perpisahan Halimah Yacob dan Upacara Angkat Sumpah Tharman Shanmugaratnam diadakan dengan rasa bangga

Anggaran Waktu Membaca:
Majlis Perpisahan Halimah Yacob dan Upacara Angkat Sumpah Tharman Shanmugaratnam diadakan dengan rasa bangga

(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo/Jeremy Long)

SINGAPURA: Majlis Perpisahan Halimah Yacob dan Upacara Angkat Sumpah Tharman Shanmugaratnam di Istana diadakan dengan penuh rasa bangga.

Singapura mengalu-alukan Ketua Negara baharunya Encik Tharman Shanmugaratnam dan mengucapkan selamat tinggal kepada mantan Presiden Halimah Yacob.

Mesej perpaduan dan harapan terserlah sepanjang upacara sedang Presiden yang baru mengangkat sumpah membentangkan agenda buat penggal enam tahun akan datang.

30 minit sebelum matahari terbenam, lima kontinjen kawalan kehormatan dibentuk di hadapan Istana.

Ia menandakan permulaan saat-saat perpisahan Puan Halimah.

Puan Halimah berjalan keluar ke anjung bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Isteri PM Lee, Cik Ho Ching, tidak dapat hadir pada acara tersebut kerana beliau sedang pulih dari jangkitan pernafasan.

Puan Halimah kemudian berjalan melepasi barisan kehormatan sebelum menaiki pentas bagi menerima tabik hormat.

Beliau kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada menteri-menteri Kabinet dan Perdana Menteri, sebelum melambai selamat tinggal.

Beberapa saat kemudian, Presiden Dipilih Tharman Shanmugaratnam disambut oleh PM Lee.

Encik Tharman menerima tabik hormat yang pertama sebagai Presiden, sebelum menuju ke Bilik Perasmian.

PM Lee mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman dan meluahkan keyakinannya terhadap Presiden baharu Singapura itu.
Encik Tharman berkata, beliau berasa rendah hati untuk dipilih sebagai Presiden Singapura kesembilan Singapura.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan