Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majlis Pengangkutan Awam semak semula cara pelarasan tambang bas & kereta api dikira

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semakan semula formula dan mekanisme pelarasan tambang pengangkutan awam sedang dijalankan dan proses tersebut dijangka selesai pada separuh pertama tahun depan.

"Majlis Pengangkutan Awam (PTC) sudah memulakan semakan formula dan mekanisme pelarasan tambang pengangkutan awam. Semakan tersebut lazimnya akan dilakukan sekali dalam setiap lima tahun," menurut PTC dalam satu kenyataan media pada Isnin (15 Ogos).

"PTC menyasarkan untuk selesai semakan itu pada separuh pertama 2023. PTC kemudian akan melaksanakan dapatan semakan daripada latihan semakan tambang 2023."

Semasa semakan itu dijalankan, PTC akan mengkaji keberkesanan formula dan mekanisme pelarasan tambang sedia ada dan mengambil kira perubahan dalam industri pengangkutan awam dan corak perjalanan masyarakat awam.

PTC juga akan memberikan cadangan untuk "mengekalkan keseimbangan dengan lebih baik dengan memastikan tambang pengangkutan awam boleh dimampui di samping memastikan kemampanan kewangan sistem pengangkutan awam", menurut PTC.

PTC turut mendedahkan bahawa ia akan berunding dan melibatkan pihak berkepentingan utama termasuk para penumpang, pengendali pengangkutan awam, gerakan buruh dan pakar pengangkutan semasa latihan melakukan semakan itu.

Formula dan mekanisme pelarasan tambang sedia ada tertakluk kepada latihan semakan tambang 2022, tambah PTC.
Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan