Majlis pecah tanah diadakan bagi Kampus Surbana Jurong hari ini
Surbana Jurong mengadakan majlis pecah tanah hari ini (18 Jan) bagi Kampus Surbana Jurong.
SINGAPURA: Surbana Jurong mengadakan majlis pecah tanah hari ini (18 Jan) bagi Kampus Surbana Jurong.
Terletak di Kawasan Inovasi Jurong, kampus itu akan menjadi pusat nadi bagi kegiatan Kajian dan Pengembangan (R&D) dalam sektor sekitaran binaan.
Apabila siap dibina pada 2021, bangunan seluas 70,000 meter persegi itu boleh menempatkan 4,000 kakitangan dalam pelbagai bidang pengilangan maju, huraian perbandaran dan logistik bijak.
Kampus itu juga direka khas untuk memupuk kerjasama seperti mempunyai ruang khusus bagi kerja-kerja penyelidikan dan uji kaji idea-idea baru.
Kampus tersebut juga akan menjadi ibu pejabat global yang baru Surbana Jurong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.