Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majlis Kebersihan Awam rai semangat kesedaran sivik masyarakat pulangkan dulang, bersihkan meja selepas makan

Memberikan kejutan indah kepada para pelanggan yang mengamalkan tabiat kebersihan baik ketika menjamu selera di pusat-pusat penjaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Aug 2021 07:28PM Dikemas Kini : 22 Aug 2021 09:00PM

SINGAPURA: Memberikan kejutan indah kepada para pelanggan yang mengamalkan tabiat kebersihan baik ketika menjamu selera di pusat-pusat penjaja.

Itulah sebahagian daripada usaha Majlis Kebersihan Awam bagi meraikan semangat kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat selain mengingatkan mereka supaya mengamalkan tabiat kebersihan yang baik.

Sepanjang hujung minggu ini, para sukarelawan mendekati hampir 1,200 pelanggan di lima pusat penjaja di merata Singapura termasuk Pasar Shunfu dan Pasar Teck Ghee. Ia sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang memulangkan dulang dan pinggan mangkuk selepas makan.

Mulai bulan depan, para pelanggan yang gagal memulangkan dulang mereka selepas makan atau didapati meninggalkan sampah di atas meja, akan dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan