Majlis Gereja-gereja Nasional Singapura (NCCS) kutuk serangan Christchurch
Majlis Gereja-gereja Nasional Singapura (NCCS) mengutuk serangan pengganas di dua masjid Christchurch di New Zealand semalam (15 Mac) dan menyifatkannya sebagai "tidak berperikemanusiaan, kejam dan pengecut".
SINGAPURA: Majlis Gereja-gereja Nasional Singapura (NCCS) mengutuk serangan pengganas di dua masjid Christchurch di New Zealand semalam (15 Mac) dan menyifatkannya sebagai "tidak berperikemanusiaan, kejam dan pengecut".
Dalam satu kenyataan media, NCCS menyatakan pihaknya berasa amat terkejut apabila mendapat tahu tentang serangan pengganas itu yang menyasarkan masyarakat Islam yang sedang beribadah.
Mereka berharap penyerang-penyerangnya akan dihadapkan ke muka pengadilan.
NCCS juga menyatakan peristiwa itu menjadi satu peringatan tentang pentingnya bagi para anggota masyarakat dari agama dan kaum yang berbeza untuk lebih saling mengenali satu satu sama lain, demi memupuk pemahaman yang lebih mendalam dalam kalangan penganut-penganut yang berbeza kepercayaan.
Majlis itu akan terus bekerja rapat dengan pemimpin-pemimpin agama yang lain untuk memupuk keamanan dalam kalangan pengikut-pengikut mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.