Majlis Gaji Kebangsaan adakan rundingan bincang gaji pekerja berpendapatan rendah
Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) akan mendedahkan saranan-saranannya mengenai gaji dan kemahiran yang diperlukan bagi pekerjaan-pekerjaan tertentu, menjelang hujung bulan depan.
SINGAPURA: Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) akan mendedahkan saranan-saranannya mengenai gaji dan kemahiran yang diperlukan bagi pekerjaan-pekerjaan tertentu, menjelang hujung bulan depan.
Saranan-saranan itu akan digunakan sebagai rujukan dalam rundingan Kelompok-kelompok Perikatan Tiga Pihak yang menyelia Model Gaji Progresif (PWM).
NWC akan bersidang semula pada Isnin depan (6 Sep) iaitu yang kedua tahun ini.
Pengumuman tersebut dibuat sedang Singapura mempercepatkan pelaksanaan PWM bagi lebih banyak sektor industri dan pekerjaan.
Langkah itu diambil selepas sebuah kumpulan kerja perikatan tiga pihak menggesa NWC supaya menaikkan gaji para pekerja golongan 20 peratus terbawah.
Pemerintah meluluskan semua saranan kumpulan kerja itu pada bulan lalu.
Ini termasuk memperluas PWM kepada sektor jualan runcit, khidmat makanan dan pengurusan sisa.
Kumpulan kerja itu juga menggesa agar "Gaji Progresif Pekerjaan" yang baru, diperkenalkan bagi pekerja pentadbiran dan pemandu mulai Mac 2023.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.