Majlis buka puasa hargai sumbangan pekerja hijrahan kepada masyarakat SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 450 pekerja hijrahan dijamu juadah berbuka puasa pada Ahad (1 Feb), yang dianjurkan Inisiatif Wandering Dervishes.
Edisi keempat 'Grand Migrants Iftar' bertujuan untuk menghargai kerja keras dan sumbangan pekerja hijrahan kepada masyarakat Singapura.
Buat julung-julung kalinya, majlis iftar itu dihadiri pemimpin negara serta pemimpin masyarakat India dan Bangladesh.
Turut hadir adalah wakil daripada agensi dan pertubuhan seperti ACE, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Humanity Matters, selain perwakilan kedutaan yang selama ini bekerjasama rapat dalam menyokong kebajikan pekerja hijrahan di Singapura.
Menurut ketua Inisiatif Wandering Dervishes, Dr Muntasir Mannan Choudhury, selain kerja-kerja yang dijalankan pekerja hijrahan, mereka turut menyumbang kepada masyarakat.
"Mereka telah terlibat dalam masyarakat, membantu di kawasan kejiranan dan menjadi sukarelawan dalam pelbagai aktiviti," kata Dr Muntasir.
Mereka juga terlibat dalam kutipan dana untuk Gaza, anjuran Humanity Matters.
PEKERJA HIJRAHAN BOLEH DICONTOHI MASYARAKAT
Dalam ucapannya, tetamu kehormat Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Negara, Dr Syed Harun Alhabsyi menarik perhatian kepada usaha pekerja hijrahan yang mampu berasimilasi dan menyumbang kepada masyarakat.
Ini termasuk sumbangan pekerja hijrahan di masjid-masjid tempatan pada bulan Ramadan, serta hubungan erat yang terjalin.
"Kita perlu mencontohi pekerja hijrahan, di mana sahaja kita berada di dunia ini, kita perlu berasimilasi dengan masyarakat tempatan, merendahkan diri untuk memanfaatkan individu lain dan menyumbang kepada masyarakat.
"Untuk melihat selain perbezaan kita, dan sebaliknya menumpukan kepada apa yang boleh dilakukan bersama. Untuk kenal dan belajar daripada satu sama lain, supaya dapat mencari kekuatan bersama di dalam perbezaan kita," kata Dr Syed Harun.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.