Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majlis baru ditubuhkan bagi rombak sektor pendidikan kegiatan luar

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Sep 2022 01:37PM Dikemas Kini : 22 Sep 2022 09:00PM
SINGAPURA: Sebuah majlis ditubuhkan untuk menerajui pembangunan sektor pendidikan kegiatan luar dengan menetapkan piawai nasional bagi keselamatan dan operasi, antara tugas-tugas lain.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong mengumumkan demikian pada Khamis (22 Sep) semasa merasmikan Persidangan Pendidikan Kegiatan Luar di Politeknik Republik yang diadakan buat julung-julungnya.

Majlis Pendidikan Kegiatan Luar (OAE) seramai 18 anggota adalah sebahagian daripada usaha untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat bagi kegiatan luar.

Sekitar 218,000 pelajar dianggarkan mengambil bahagian dalam program OAE yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) serta
Pusat Bina Semangat Singapura (OBS) dan para pengendali privet setiap tahun, menurut Majlis Belia Kebangsaan (NYC) dalam kenyataan medianya.

Terdapat 40 pengendali komersial OAE yang menganjurkan program untuk sekolah-sekolah dan juga bagi beribu-ribu yang mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan luar seperti mengembara, memanjat tembok, berkayak dan kursus-kursus berkaitan tali.

Majlis tersebut akan menyelia pembangunan piawai nasional dan rujukan teknikal bagi sektor OAE Singapura, menurut NYC.

"Ini akan dijadikan sebagai spesifikasi untuk reka bentuk dan pengendalian kegiatan OAE, termasuk pemasangan, operasi dan penyenggaraan kemuduahan, infrastruktur dan peralatan OAE," tambah NYC.

Majlis itu juga akan berusaha ke arah menyarankan kecekapan-kecekapan teras dan pentauliahan profesional yang diperlukan bagi para jurulatih tempatan.

Ini supaya "orang ramai boleh diyakinakan dengan amalan-amalan OAE yang telus, konsisten dan selamat bagi seluruh sektor ini".

NYC juga menyatakan bahawa majlis tersebut merancang untuk menubuhkan senarai penyedia khidmat OAE yang bertauliah.

Syarikat-syarikat itu mesti mematuhi piawaian nasional bagi keselamatan dan operasi dan akan diaudit secara berkala untuk memastikan operasi mereka selaras dengan tanda keselamatan OAE.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan