Majlis Bandaran Sengkang diberi rating lebih rendah bagi pengurusan tunggakan S&CC
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: iStock
SINGAPURA: Majlis Bandaran Sengkang diberikan penilaian lebih rendah bagi pengurusan tunggakan Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) dalam laporan operasi terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Khamis (22 Jun).
Majlis Bandaran tersebut menerima rating "kuning jingga" daripada tiga jalur warna dalam kategori tersebut bagi FY2022, dengan hijau menandakan gred terunggul manakala, merah mewakili yang paling teruk.
Rating "kuning jingga" diberikan apabila sesebuah majlis bandaran mempunyai 40 peratus hingga kurang 60 peratus kutipan bayaran bulanan S&CC yang tertunggak ataupun jika isi rumah yang berhutang selama tiga bulan atau lebih adalah antara empat dan kurang enam daripada 100 isi rumah.
"Meskipun (Majlis Bandaran Sengkang) mempunyai kurang 4 peratus isi rumah yang berhutang selama 3 bulan atau lebih, kutipan bayaran bulanan S&CC bagi bandar tersebut tertunggak lebih daripada 40 peratus," kata MND.
Lagi 16 majlis bandaran disenaraikan dalam kumpulan "Hijau" bagi FY2022.
Untuk disenaraikan dalam kumpulan "Hijau" bagi pengurusan tunggakan S&CC, jumlah tunggakan setiap bulan hendaklah kurang daripada 40 peratus dan kurang empat daripada setiap 100 isi rumah, mempunyai hutang tiga bulan atau lebih.
Majlis Bandaran Sengkang sebelum ini juga menerima rating "kuning jingga" bagi kategori yang sama pada FY2021, di bersama Majlis Bandaran Chua Chu Kang serta Majlis Bandaran Jurong-Clementi.
Kesemua 17 majlis bandaran berjaya mencapai rating "Hijau" bagi tiga petunjuk lain dalam laporan pengurusan: Kebersihan estet, penyenggaraan estet dan prestasi lif.
MND menyatakan bahawa prestasi yang dicatat majlis bandaran telah meningkat berbanding FY2021.
Mediacorp telah menghubungi Majlis Bandaran Sengkang untuk mengulas lanjut tentang laporan tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.