Skip to main content

Singapura

Majlis Bandaran PAP naikkan bayaran S&CC mulai 1 Jul

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Jun 2023 12:28PM Dikemas Kini : 02 Jun 2023 12:08AM
SINGAPURA: Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) di kesemua 15 majlis bandaran kendalian Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan naik bermula bulan depan disebabkan oleh kos yang kian meningkat.

Menurut majlis-majlis bandaran PAP, yuran S&CC sebenarnya boleh naik lebih tinggi jika tidak kerana pembiayaan khas pemerintah untuk mengurangkan kesannya.

Kenaikan S&CC akan dilakukan secara bertahap-tahap sepanjang dua tahun demi membantu para penduduk membuat penyesuaian.

Menjelang Julai tahun depan, mereka yang menetap di flat HDB satu bilik perlu membuat bayaran tambahan sehingga S$2.60. Mereka yang memiliki flat eksekutif pula perlu bayar tambahan setinggi S$17.

Para pemilik dan penyewa hartanah komersil akan dikenakan caj tambahan sehingga S$0.80 setiap meter persegi sementara para penjaja dan pegerai pasar perlu bayar tambahan S$68.

Kenaikan S&CC berbeza bagi setiap majlis bandaran.

Sungguhpun demikian, mereka akan bekerjasama dengan rakan-rakan kerja untuk membantu para penduduk yang berdepan cabaran untuk membayarnya.

Majlis-majlis Bandaran PAP menambah bahawa harga tenaga, serta penyenggaraan dan tenaga manusia, juga naik. Akibatnya, tender bagi pelbagai khidmat seperti pembersihan dan kawalan haiwan perosak turut naik.

Sekiranya yuran S&CC tidak dinaikkan, majlis bandaran akan berdepan defisit.

Dalam erti kata lain, mereka akan perlu menggunakan dana yang diketepikan untuk urusan-urusan jangka panjang.

Kadar baru juga akan membantu mereka mempertingkatkan dan menjaga kemudahan-kemudahan awam sepanjang lima tahun akan datang.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita