Majlis Bandaran Chua Chu Kang, Jalan Besar dedah pelan induk 5 tahun
Dua Majlis Bandaran, Chua Chu Kang dan Jalan Besar mendedahkan pelan induk lima tahun hari ini (22 Jun) yang menggariskan projek-projek dan pembangunan yang akan dijalankan di kawasan tersebut.
Gambar fail. (Gambar: Street Directory)
SINGAPURA: Dua Majlis Bandaran, Chua Chu Kang dan Jalan Besar mendedahkan pelan induk lima tahun hari ini (22 Jun) yang menggariskan projek-projek dan pembangunan yang akan dijalankan di kawasan tersebut.
Ini menyusuli pelan-pelan induk yang diumumkan oleh Tanjong Pagar dan Holland Bukit-Panjang.
Lebih 1,000 lif di Chua Chu Kang dan 9,322 flat dijadualkan untuk kerja naik taraf.
Sebanyak 592 blok di Chua Chu Kang pula akan dilengkapi panel-panel tenaga suria di bumbangnya, mengurangkan pengeluaran karbon sama seperti 4,000 kereta.
Stesen-stesen MRT, bangunan kelab dan kawasan senaman juga akan dibina di Chua Chu Kang.
Jalan Besar juga menggariskan pelannya yang melibatkan lebih 150 projek dan kemudahan.
Antaranya adalah taman-taman dan laluan yang menawarkan lebih banyak akses kepada golongan warga emas dan mereka dengan keperluan bantuan pergerakan.
Keluarga juga akan mempunyai ruang yang dikhususkan untuk berkumpul manakala estet kejiranan tersebut akan mempunyai lebih banyak kawasan dengan sekitaran menghijau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.