Majlis Bandaran akan terima penyesuaian geran S$1.8 juta dari MND susuli percanggahan kiraan agihan
Penyesuaian geran sekali sahaja sebanyak S$1.8 juta akan diagihkan kepada 18 Majlis Bandaran untuk menampung percanggahan yang menjejaskan pengagihan geran dalam tempoh 14 tahun.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penyesuaian geran sekali sahaja sebanyak S$1.8 juta akan diagihkan kepada 18 Majlis Bandaran untuk menampung percanggahan yang menjejaskan pengagihan geran dalam tempoh 14 tahun.
Penyesuaian ini akan dibuat pada Geran Operasi Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC), menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam satu kenyataan media pada Isnin (29 Dis).
Jumlah yang akan diterima oleh Majlis Bandaran adalah antara S$22,000 hingga S$383,000.
Penyesuaian ini timbul daripada percanggahan dalam pengiraan pengagihan geran untuk Tahun Kewangan 2011 hingga 2024, yang membawa kepada kekurangan pada jumlah yang diagihkan kepada majlis-majlis bandaran yang terjejas.
Kekurangan itu dikesan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semasa menjalankan semakan dalaman proses pengiraan geran.
Bagi setiap tahun kewangan, jumlah geran dikira berdasarkan data isi rumah sebelum ia bermula. Jumlah geran bagi setiap pengagihan kemudian disesuaikan untuk mencerminkan perubahan pada bilangan isi rumah berbanding tahun sebelumnya.
Walau bagaimanapun, disebabkan oleh ralat sistem dari Tahun Kewangan 2011 hingga Tahun Kewangan 2024, sebilangan kecil flat HDB yang diserahkan kepada Majlis Bandaran pada bulan Mac bagi tahun-tahun yang terjejas telah digugurkan daripada pengiraan. Percanggahan bagi tahun tertentu tidak dibawa ke tahun berikutnya kerana flat-flat yang digugurkan itu telah diambil kira semasa pengiraan geran seterusnya.
Defisit tersebut membentuk 0.09 peratus daripada jumlah geran S&CC yang telah diagihkan oleh MND sepanjang 14 tahun dan akan memberi impak minimum terhadap operasi mereka, tegas MND.
MND mengagihkan lebih S$280 juta setiap tahun dalam bentuk geran untuk menyokong operasi Majlis Bandaran, yang merangkumi pengurusan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan umum di estet-estet perumahan HDB.
Menurut MND, percanggahan tersebut telahpun diperbetulkan.
"Bagi mencegah berulangnya perkara ini, HDB telah melaksanakan pemeriksaan sistem yang lebih ketat, serta kawalan pengesahan dan penyelarasan sebagai sebahagian daripada proses pengiraan geran," tambah kementerian itu.
MND dan HDB akan menyelesaikan pembayaran yang kurang itu kepada majlis-majlis bandaran yang terjejas dengan faedah menjelang 31 Januari tahun depan.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.