Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan SG digesa teroka lebih banyak aturan kerja fleksibel

Anggaran Waktu Membaca:
Majikan SG digesa teroka lebih banyak aturan kerja fleksibel

(Gambar: Facebook/Chan Hui Yuh )

SINGAPURA: Majikan di sini digesa supaya meneroka lebih banyak jenis aturan kerja yang fleksibel.

Satu tinjauan oleh Sayap Wanita PAP dan pergerakan buruh membayangkan sisi negatif dan keburukan bekerja dari rumah.

Tiga daripada 10 responden berkata mereka berasa lebih produktif di pejabat, manakala jumlah yang sama berkata bekerja dari rumah mengaburkan garis antara kerja dan kehidupan peribadi mereka.

Empat daripada 10 pula perlu mengadakan pertemuan secara berkala dengan rakan sekerja.

Berucap di Persidangan Sayap Wanita PAP, pengerusi penganjur Gan Siow Huang,
berkata aturan seperti masa fleksibel dan beban fleksibel mungkin lebih sesuai dalam beberapa kes.

Cik Gan, yang juga Menteri Negara Tenaga Manusia, menambah bahawa mempunyai aturan lebih fleksibel juga membantu penjaga yang terpaksa mengimbangi keperluan keluarga dan kerjaya.

Bagi syarikat yang lebih kecil, lebih banyak perlu dilakukan untuk membantu mereka menyediakan aturan kerja fleksibel, bagi menarik dan mengekekalkan bakat.

"Kita tidak boleh menetapkan bentuk aturan kerja fleksibel yang harus ditawarkan setiap syarikat kepada pekerja," kata Cik Gan.

"Sebaliknya, kita harus membantu syarikat kecil mereka bentuk semula kerja selain mempunyai keupayaan sumber manusia (HR) untuk dapat melaksanakan aturan kerja fleksibel yang berfungsi bagi syarikat serta pekerja seperti waktu kerja berperingkat dan juga kerja sambilan," ujarnya.
Sumber : CNA/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan