Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan SG bakal ada akses kepada bakat daripada kumpulan lebih luas

Anggaran Waktu Membaca:
Majikan SG bakal ada akses kepada bakat daripada kumpulan lebih luas

Para pekerja di sebuah kilang di Singapura. (Gambar fail: TODAY)

SINGAPURA: Majikan daripada sektor runcit, teknologi infokom dan perkilangan tidak lama lagi boleh menjangkakan strategi tentang cara mengakses bakat daripada kumpulan yang lebih luas.

Ini termasuk menggajikan kakitangan yang biasanya tidak dicari, atau memanfaatkan kakitangan sedia ada sepenuhnya.

Sebuah badan industri yang mengetuai usaha tersebut menjangkakan untuk mengemukakan cadangan itu pada separuh kedua tahun ini.

Kira-kira 8,500 orang menghadiri pameran kerjaya Mediacorp sepanjang hujung minggu ini, dengan harapan untuk mencari peluang lebih baik.

Para majikan juga mencari bakal calon pekerja.

Walau bagaimanapun, disebabkan syarat pekerjaan yang sentiasa berubah, set kemahiran baharu, dan pasaran buruh yang ketat, ia sukar untuk mencari pekerja yang tepat.

Oleh itu, Perikatan untuk Bertindak (AfA) ditugaskan untuk membantu majikan menarik pekerja daripada kumpulan yang lebih luas.

Ia akan melibatkan para eksekutif dan ketua sumber manusia berpangkat tinggi untuk berkongsi cabaran yang mereka hadapi.


"Kami sedang mengumpul maklum balas ini, di mana kami mempunyai rangka kerja yang boleh digunakan industri supaya kami dapat melihat bakat yang sesuai bagi tenaga kerja Singapura, bagi industri yang melakukan perniagaan di Singapura," kata Bicky Bhangu, ketua bersama Perikatan untuk Bertindak (AfA).

Perikatan tersebut ditubuhkan dua bulan lalu.

Namun, beberapa cadangan sudah dilaksanakan, termasuk menarik pekerja yang baru menyertai industri mereka, atau menggajikan pesara.

"Kami sudah separuh jalan dalam usaha ini. Kami menjangkakan untuk menghasilkan rangka kerja dan garis panduan yang boleh digunakan industri untuk mengakses bakat pada Jun atau Julai," tambah Encik Bhangu.

Perikatan itu juga percaya bahawa majikan harus melakukan lebih banyak supaya kakitangan dapat memikul pelbagai tanggungjawab.

Di OCBC, alat Kecerdasan Buatan (AI) generatif menghasilkan kod, meringkaskan dokumen dan menyalin panggilan.

Ia memberikan masa kepada kakitangan untuk melakukan tugas lain, atau tugas yang memerlukan sentuhan manusia.

Secara keseluruhannya, bank tempatan itu menyatakan ia sudah melabur kira-kira S$80 juta sejak 2018, untuk membantu pekerja kekal relevan, dengan menjalani program latihan dan meningkatkan kemahiran.

OCBC kini bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sebagai "contoh bagi industri."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan