Majikan perlu beri pekerja ganjaran kenaikan gaji "adil dan mampan": NWC
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majikan perlu memberi ganjaran kepada pekerja dengan kenaikan gaji yang adil dan mampan.
Demikian menurut Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) pada Khamis (10 Okt).
Ini mempertimbangkan pertumbuhan daya penghasilan yang mampan dalam jangka panjang, serta unjuram ekonomi yang lebih baik dan jangkaan inflasi yang sederhana pada 2024, tambahnya.
Majikan yang menunjukkan prestasi baik harus memberi ganjaran kepada pekerja mereka dengan kenaikan gaji yang ditetapkan dan bayaran tambahan, menurut majlis tersebut dalam garis panduan pendapatan bagi Disember 2024 hingga November 2025.
Majikan yang tidak menunjukkan prestasi baik boleh melaksanakan pengekangan gaji, dengan pimpinan teladan oleh pihak pengurusan, tambahnya.
Apabila ditanya mengapa NWC tidak meminta pembayaran sekali sahaja seperti yang dilakukan pada 2023, presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), K Thanaletchimi berkata "ada niat" dalam garis panduan bagi majikan yang menunjukkan prestasi baik untuk menyediakan komponen tambahan, yang termasuk bonus atau bentuk pembayaran sekali sahaja yang lain.
Apabila syarikat berjaya, mereka diharap memberi ganjaran kepada para pekerja atas produktiviti mereka, tambah pengerusi NWC Peter Seah.
Seterusnya, ini juga membantu majikan untuk mengekalkan pekerja, katanya.
KENAIKAN BAGI PEKERJA BERGAJI RENDAH
NWC turut mengesyorkan kenaikan sebanyak 5.5 peratus hingga 7.5 peratus pada pendapatan kasar bulanan bagi pekerja bergaji rendah, atau kenaikan sekurang-kurangnya antara S$100 dengan S$120, berdasarkan pilihan mana yang lebih tinggi.
Majikan yang menunjukkan prestasi baik dan mempunyai prospek perniagaan yang positif perlu memberikan kenaikan yang lebih tinggi, sementara syarikat yang menunjukkan prestasi baik tetapi berdepan prospek tidak menentu harus menaikkan gaji sebanyak satu peratus atau jumlah dalam julat rendah hingga sederhana.
Perniagaan yang tidak menunjukkan prestasi baik harus menaikkan gaji pada tahap yang lebih rendah. "Jika prospek perniagaan bertambah baik kemudian, majikan harus mempertimbangkan kenaikan gaji," menurut NWC.
Pekerja bergaji rendah adalah mereka yang mendapat gaji kasar bulanan sehingga S$2,500. Itu sepadan dengan paras gaji di bawah 20 peratus tenaga kerja sepenuh masa dalam kalangan penduduk.
Majikan harus melaksanakan sistem gaji fleksibel sepenuhnya, yang terdiri daripada komponen boleh ubah tahunan dan komponen boleh ubah bulanan, menurut majlis itu.
Sistem gaji fleksibel membolehkan majikan membuat pelarasan pantas semasa kemelesetan untuk mengekalkan pekerjaan dan semasa ekonomi baik untuk mengekalkan bakat, tambahnya.
Pemerintah menerima garis panduan NWC bagi tahun akan datang, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam kenyataan media berasingan pada Khamis.
"Pemerintah berdiri bersama perikatan tiga pihak untuk menyeru majikan memberi ganjaran kepada pekerja dengan kenaikan gaji atau bayaran berubah-ubah yang adil dan mampan," kata MOM.
Kementerian itu memerhatikan trend berbeza - sektor berorientasikan luar seperti maklumat dan komunikasi, serta pengilangan menunjukkan pertumbuhan produktiviti yang kukuh, kata setiausaha tetap Ng Chee Khern.
Sektor berorientasikan domestik seperti khidmat makanan dan minuman serta khidmat pentadbiran dan sokongan kini "ketinggalan", katanya, sambil menambah bahawa sektor ini mesti meneruskan transformasi mereka.
Kebanyakan syarikat menerima pakai garis panduan am tahun lalu - dengan 62.3 peratus daripada mereka yang menunjukkan prestasi baik dan mempunyai prospek perniagaan yang baik memberikan kenaikan gaji yang bagus dan memberikan pampasan berubah-ubah tahunan, kata Encik Ng.
Antara mereka yang menunjukkan prestasi baik tetapi mempunyai prospek perniagaan yang tidak menentu, 73.8 peratus daripadanya menyediakan pampasan berubah-ubah tahunan tahun lalu, tambahnya.
Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) menyokong kuat garis panduan NWC, kata presidennya Tan Hee Teck.
"Pertumbuhan dalam pendapatan mesti disokong oleh peningkatan produktiviti. Kami berdepan kelainan dalam produktiviti merentas sektor dan penting untuk pelarasan gaji mencerminkan kepelbagaian ini," tambahnya.
"Jika tidak sejajar, pertumbuhan gaji boleh membawa kepada kenaikan kos yang boleh menganggu perniagaan dan menjejaskan pekerjaan."
Pekerja berdepan lebih banyak kesukaran berkait kos sara hidup yang lebih tinggi kerana inflasi teras "sudah tentu berada di bahagian yang lebih tinggi", kata Cik Thanaletchimi.
"Kami sebenarnya berharap garis panduan NWC mengambil kira nasib pekerja dan memastikan majikan akan lebih bermurah hati dalam memberikan kenaikan atau bonus mereka," tambahnya.
NTUC juga berbesar hati dengan kemasukan pekerja berpendapatan sederhana yang muas dalam garis panduan NWC, kata Cik Thanaletchmi.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.