Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan perlu bayar sumbangan CPF sebelum 15 Jan untuk layak WCS pada Mac

Para majikan yang menggajikan para pekerja warga Singapura mesti membayar sumbangan sepenuhnya kepada tabung simpanan CPF pekerja mereka selewat-lewatnya pada 14 Januari 2019.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Dec 2018 07:27PM Dikemas Kini : 26 Dec 2018 10:51PM

SINGAPURA: Para majikan yang menggajikan para pekerja warga Singapura mesti membayar sumbangan sepenuhnya kepada tabung simpanan CPF pekerja mereka selewat-lewatnya pada 14 Januari 2019.

Ini bagi melayakkan para majikan menerima bayaran bahagian keenam, Skim Kredit Gaji (WCS) pada bulan Mac tahun depan.

Demikian menurut Kementerian Kewangan MOF dan Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri (IRAS) hari ini (26 Dis).

Untuk mendapat manfaat daripada Skim itu para majikan mestilah menaikkan gaji kasar bulanan para pekerja warga Singapura kepada sekurang-kurangnya S$50 atau mengekalkan kenaikan yang diberikan pada tahun sebelumnya.

Satu lagi syarat, para majikan mestilah melunaskan sumbangan CPF para pekerja mereka sebelum 14 Januari ini.

Para majikan juga tidak perlu membuat sebarang permohonan bagi menyertai Skim itu kerana mereka akan diberitahu oleh IRAS pada Mac tahun depan, mengenai kelayakan mereka.

Antara 80,000 dengan 90,000 majikan layak menerima bayaran WCS setiap tahun sejak skim itu diperkenalkan pada 2013. 

Sumber : CNA/SS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan