Majikan pemegang Pas Pekerja dan Pas S perlu beli insurans perubatan lebih tinggi mulai Julai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bermula Julai ini, majikan pemegang Pas Pekerja dan Pas S perlu membeli perlindungan insurans perubatan yang lebih tinggi bagi pekerja mereka.
Ini bertujuan melindungi majikan daripada bil perubatan yang tinggi.
Perlindungan tambahan lain akan diperkenalkan pada Julai 2025, termasuk premium mengikut usia dan pembayaran balik secara langsung oleh syarikat insurans.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menganggarkan, lebih 99 peratus bil perubatan berada dalam had baru tuntutan tahunan, iaitu S$60,000.
Sekitar lima peratus daripada tuntutan melebihi had S$15,000 sekarang.
Ini boleh memberi tekanan kewangan kepada majikan.
Misalnya, jika bil perubatan seseorang pekerja mencecah S$70,000, syarikat insurans membayar S$15,000 pertama dan pihak majikan membayar bakinya.
Tetapi di bawah skim baru tersebut, syarikat insurans akan membayar 75 peratus daripada baki S$55,000 itu.
Ini bermakna majikan hanya perlu membayar S$13,750.
Syarikat-syarikat binaan mengalu-alukan berita tersebut.
Sektor itu menyumbang kepada jumlah kematian pekerja paling banyak di tempat kerja.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.