Majikan, pekerja perlu main peranan pastikan kesihatan kerjaya kakitangan di tengah gangguan pasaran buruh
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kedua-dua majikan dan pekerja ada peranan yang perlu dimainkan bagi memastikan kelangsungan kesihatan kerjaya pekerja di tengah-tengah gangguan dalam pasaran buruh.
Demikian menurut satu panel perbincangan pada Sabtu (23 Mac).
Di pihaknya, pemerintah akan terus menyokong pekerja dan syarikat untuk meningkatkan kemahiran dan kekal relevan menerusi pelbagai skim, kata Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng, yang merupakan sebahagian daripada panel perbincangan itu.
Panel perbincangan itu adalah sebahagian daripada acara sulung Career Forward yang diadakan selama dua hari, dianjurkan oleh Mediacorp, dengan kerjasama SkillsFuture Singapore dan
Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG).
Dr Tan melancarkan acara itu di Pusat Konvensyen dan Expo Sands pada Sabtu pagi, yang juga menampilkan pameran kerjaya serta reruai di mana para pengunjung boleh memperoleh maklumat mengenai sumber-sumber pembelajaran dan kursus yang ada daripada rakan-rakan pembelajaran untuk menyokong mereka mempertingkat kemahiran.
APA YANG DIKATAKAN AHLI PANEL?
Selepas merasmikan acara itu, Dr Tan menyertai perbincangan yang mengupas topik 'How employers can empower workers to strengthen their career health' (Bagaimana majikan boleh perkasa pekerja perkukuh kerjaya mereka).
Panel itu juga menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Bank OCBC Helen Wong dan Dr Bicky Bhangu, ketua bersama Action for Alliance, Widening Access to Talent, yang merupakan salah satu daripada beberapa gabungan diterajui industri yang bekerjasama dengan pemerintah.
Majikan dan pekerja perlu memainkan peranan mereka untuk mengikuti perkembangan gangguan dalam industri untuk kekal relevan, kata ahli panel.
Dalam pada itu, para pekerja ada tanggungjawab untuk "secara proaktif mendampingi dan berinovasi", kata Dr Bhangu, yang juga anggota majlis Persekutuan Majikan Nasional Singapura.
Ini boleh dilakukan dengan "menilai di mana kita berada dalam laluan kerjaya kita", mengenal pasti sama ada terdapat jurang dari segi kemahiran yang diperlukan untuk membawa kita ke peringkat seterusnya dalam kerjaya dan mengambil langkah yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran seseorang untuk mencapai matlamat, tambah beliau.
Cik Wong berkata para majikan juga boleh meraih manfaat dengan menyokong pekerja mereka untuk meningkatkan kemahiran mereka.
"Syarikat yang ada tenaga kerja besar yang terus berkembang, akan membantu mana-mana pertubuhan membantu memenuhi tujuannya dan mencapai misinya," kata beliau.
Ini sebabnya, kata beliau, OCBC melabur besar dalam usaha membangunkan bakat-bakatnya menerusi pelbagai inisiatif. Ini termasuk bimbingan dan mereka semula pekerjaan sejajar dengan perubahan digital dan melatih pekerja untuk memenuhi peranan yang sudah direka semula.
Dr Tan menarik perhatian kepada pelbagai cara pemerintah membantu pekeja kekal relevan dalam tenaga kerja dan mendakapi gangguan, secara langsung mahupun tidak.
Pelbagai skim seperti kredit SkillsFuture juga boleh memberi insentif kepada pekerja untuk mempertingkat kemahiran mereka dan majikan untuk menyokong usaha ini, kata Dr Tan.
Bagi syarikat, pemerintah membantunya "kekal mengikuti" perkembangan dan gangguan dengan melaksanakan Perancangan Perubahan Industri serta menyediakan geran sokongan untuk mengimbangi sebahagian kos yang digunakan untuk menghantar pekerja mereka menjalani latihan.
GANGGUAN "SEMAKIN CEPAT"
Dalam ucapan pembukaannya sebelum perbincangan panel, Dr Tan bercakap mengenai bagaimana gangguan disebabkan teknologi sedang berlaku pada rentak "semakin cepat".
Berdasarkan perkembangan ini, penting untuk pekerja mengambil tanggungjawab ke atas kesihatan kerjaya mereka. Sepertimana kesihatan fizikal, mengambil pendekatan pencegahan dan proaktif sentiasa langkah yang lebih baik, tambah beliau.
"Daripada kita hanya bertindak apabila berlaku sesuatu, kita harus sentiasa aktif membangunkan perancangan kerjaya kita sendiri untuk mendapat peluang pekerjaan dan latihan dalam cara yang tertumpu dan disengajakan," kata Dr Tan.
Pada masa yang sama, ini adalah demi kepentingan majikan untuk menyokong kesihatan kerjaya pekerja mereka.
"Terutama sekali dalam pasaran buruh yang sengit, para majikan yang menyokong kesihatan kerjaya pekerja mereka akan dapat mengekalkan dan menarik pekerja."
Dr Tan juga memberikan perkembangan mengenai beberapa inisiatif pemerintah untuk membantu menyokong pekerja dalam mengekalkan kesihatan kerjaya mereka.
Beliau menambah bahawa pemerintah akan menyokong pekerja dengan maklumat pekerjaan dan kemahiran, seperti menerusi ciri CareersFinder di portal My CareersFuture, supaya mereka boleh merancang dengan lebih baik kerjaya mereka sendiri dan meneroka peluang-peluang berbeza.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.