Majikan pekerja hijrahan diganggu tailong terima surat ugutan, syarikat lain di bangunan sama turut diugut
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Apabila Hiap Seng Piling Construction menerima surat pertama daripada "tailong" pada awal tahun ini, syarikat itu tidak memandang serius terhadap ancaman dan ugutan pemiutang haram itu.
Ia sebelum ini menerima surat seumpama itu apabila pekerjanya mengambil pinjaman daripada pemiutang tidak berlesen, dan setiap kali, isu itu dapat diselesaikan dengan mudah.
Bagi kes kali ini, surat itu mengandungi ancaman dan ugutan, yang ditujukan kepada penyelaras keselamatan warga Bangladesh dalam syarikat tersebut, Encik Uddin Sharif, yang menafikan telah meminjam wang daripada tailong.
Hiap Seng membuat aduan polis tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Encik Sharif pada ketika itu.
"Kami biasanya percaya (pekerja kami)," kata Encik Wayne Yuen, seorang pengarah di syarikat itu.
Hiap Seng memastikan pihak polis sentiasa dimaklumkan tentang perkembangan terkini apabila lebih banyak surat - lebih 10 kesemuanya - dihantar dan apabila panggilan mengancam dibuat kepada syarikat itu.
Tailong kemudian menghantar surat kepada syarikat-syarikat lain di bangunan yang sama.
"Mereka secara khusus menyebut nama syarikat kami, jadi MCST (perbadanan pengurusan) memanggil kami," kata Encik Yuen.
Sungguhpun demikian, Hiap Seng memilih untuk tidak mengambil tindakan.
Nmun, semua itu berubah apabila saudara perempuannya, yang dikenal pasti dalam aduan sebelum ini sebagai anak majikan Encik Sharif, menerima surat ugutan di kediamannya.
Dia kemudian membuat aduan polis dan syarikat itu mula merancang untuk melepaskan Encik Sharif.
MAJIKAN BAHARU JUGA DIGANGGU
Pada 11 Mac, Hiap Seng memberi Encik Sharif surat pemberhentian kerja. Dia kekal di Singapura menggunakan Pas Khas untuk membantu siasatan.
Walaupun dia pada mulanya berjaya mencari pekerjaan lain, bakal majikan itu berubah fikiran selepas turut menerima surat ugutan, menurut We, The Citizens, yang dikendalikan oleh aktivis Kirsten Han.
Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihak berkuasa tidak menemui sebarang bukti Encik Sharif meminjam wang daripada tailong.
Encik Sharif bagaimanapun tetap menganggur. Pas Khasnya dilanjutkan sebanyak dua kali dan rakan-rakannya bertemu dengan Perdana Menteri Lawrence Wong semasa Sesi Bertemu Penduduk untuk memohon tempoh Pas Khas tersebut dilanjutkan.

Sesetengah warga net membuat spekulasi bahawa Hiap Seng sengaja berbuat demikian sebagai alasan untuk memecat Encik Sharif. Semasa menjawab dakwaan tersebut, Encik Yuen mempersoalkan mengapa dia harus melakukan perkara tersebut.
Encik Yuen menarik perhatian bahawa Hiap Seng menanggung kos penginapan Encik Sharif di dormitori termasuk makan minumnya selama sebulan selepas dia diberhentikan kerja dan siasatan dijalankan.
"Saya percaya kami sudah melakukan yang terbaik," tegas Encik Yuen.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.