Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan paksa pekerja cuti tanpa gaji bila diwajibkan tidak datang kerja akan didenda: MOM

Majikan yang memaksa pekerja mereka mengambil cuti tanpa gaji apabila mereka tidak mempunyai cukup jumlah cuti tahunan bagi Notis Tidak Keluar Rumah atau Cuti Ketidakhadiran selama 14 hari seperti diwajibkan pihak berkuasa, boleh didenda. 

Anggaran Waktu Membaca:
Majikan paksa pekerja cuti tanpa gaji bila diwajibkan tidak datang kerja akan didenda: MOM

(Gambar hiasan: Canva)

Diterbitkan : 22 Feb 2020 09:19AM Dikemas Kini : 22 Feb 2020 09:24AM

SINGAPURA: Majikan yang memaksa pekerja mereka mengambil cuti tanpa gaji apabila mereka tidak mempunyai cukup jumlah cuti tahunan bagi Notis Tidak Keluar Rumah atau Cuti Ketidakhadiran selama 14 hari seperti diwajibkan pihak berkuasa, boleh didenda. Keistimewaan yang diberikan kepada para majikan tersebut untuk memohon pas kerja boleh digantung.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan ini juga dilaksanakan terhadap majikan yang memaksa para pekerja mereka yang tidak ke China baru-baru ini untuk mengambil cuti.

Dalam satu catatan di forum online Reddit yang kini sudah dipadamkan, pengguna bernama "seafoodcrap" berkongsi bahawa bekas rakan sekerjanya diberitahu oleh firmanya bahawa ia akan menguatkuasakan cuti ketidakhadiran terhadap para pekerja selepas mereka pulang ke Singapura, tidak kira dari negara mana.

Cuti ketidakhadiran (LOA) selama 14 hari itu akan dipotong dari cuti tahunan mereka atau cuti tanpa gaji sehingga Jun, menurutnya.

Memberi respons mengenai hal tersebut, seorang jurucakap MOM memberitahu Mediacorp pada Jumaat (21 Feb) bahawa pihak kementerian berharap para majikan bersikap bertimbang rasa dan bertindak adil.

Pekerja yang menghadapi kes-kes sedemikian digesa melaporkan perkara itu kepada MOM untuk tindakan lanjut.

Sehingga 11.59 malam pada Selasa, penduduk Singapura dan pemegang pas jangka panjang yang pulang dari China perlu mematuhi Notis Jangan Keluar Rumah, yang melarang mereka meninggalkan rumah mereka selama 14 hari.

Arahan ini lebih ketat daripada LOA yang dikeluarkan sebeblum notis berkenaan dikuatkuasakan. Bagi LOA, mereka yang pulang dari China dinasihati untuk duduk di rumah selama 14 hari, namun masih dibenarkan meninggalkan rumah untuk seketika, seperti untuk membeli makanan atau barangan keperluan rumah.

"Bagi pekerja yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke tanah besar China baru-baru ini, mereka tidak seharusnya diminta untuk menjauhkan diri dari tempat kerja," kata jurucakap MOM itu.

Sekiranya majikan ingin melaksanakan LOA ke atas para pekerja, majikan seharusnya membayar para pekerja itu gaji penuh semasa tempoh cuti ketidakhadiran, kata jurucakap itu.

Semasa tempoh penularan COVID-19 ini, majikan digalakkan untuk mengamalkan aturan kerja fleksibel untuk pekerja yang dikenakan LOA atau Notis Jangan Keluar Rumah, seperti membolehkan mereka bekerja dari rumah.

"Jika mereka tidak boleh bekerja dari rumah, majikan perlu memberikan cuti bergaji tambahan untuk tempoh LOA atau Notis Jangan Keluar Rumah tanpa memerlukan pekerja untuk menggunakan hak cuti bergaji asalnya di bawah kontrak pekerjaan mereka," kata MOM.

Mereka yang memberikan cuti tambahan bergaji untuk pekerja sedemikian boleh memohon bantuan kewangan di bawah program sokongan LOA yang disediakan kementerian.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan