Skip to main content

Singapura

Majikan lebih 400 pekerja hijrahan tidak dibayar gaji sudah pulang ke SG: MOM

Majikan kepada lebih 400 pekerja hijrahan yang tidak dibayar gaji selama beberapa bulan sudah pulang ke Singapura, kata Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash pada Ahad (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Majikan lebih 400 pekerja hijrahan tidak dibayar gaji sudah pulang ke SG: MOM

Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash bercakap kepada media di Kranji Recreation Centre pada 28 Jun 2026. (Gambar: CNA/Ooi Boon Keong)

Diterbitkan : 28 Jun 2026 02:04PM Dikemas Kini : 28 Jun 2026 02:51PM
  • Lebih 400 pekerja hijrahan dari KPA Engineering, SK Industries dan VVR Plant Engineering tidak dibayar gaji selama beberapa bulan di Singapura.
  • Majikan mereka, Ramu Palani Velu, kini disiasat oleh Kementerian Tenaga Manusia dan pasportnya telah dirampas.
  • NTUC dan MWC menyediakan bantuan kewangan dan baucar kepada pekerja yang berdaftar sebagai anggota.
  • Lebih 80 syarikat menawarkan hampir 400 kerja kosong, dan pekerja akan dipindahkan ke penginapan tunggal untuk memudahkan sokongan.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Majikan kepada lebih 400 pekerja hijrahan yang tidak dibayar gaji selama beberapa bulan sudah pulang ke Singapura, kata Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash pada Ahad (28 Jun).

Penduduk tetap Singapura (PR), Ramu Palani Velu kini sedang membantu dalam siasatan dan pasportnya dirampas.

Encik Velu ialah pengarah KPA Engineering dan SK Industries, dan disenaraikan sebagai pengarah bagi lima lagi syarikat Singapura, termasuk VVR Plant Engineering - di mana para pekerja syarikat itu tidak dibayar gaji selama beberapa bulan.

Bercakap kepada wartawan semasa lawatan ke Kranji Recreation Centre, di mana beliau bertemu dengan para pekerja daripada ketiga-tiga firma, Encik Dinesh berkata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengambil serius pelanggaran Akta Pekerjaan dan Akta Pekerjaan Tenaga Kerja Asing, dan tindakan akan diambil jika perlu.

Ratusan pekerja dari KPA Engineering dan SK Industries mendapatkan bantuan pada awal minggu ini berhubung gaji tidak dibayar.

Lebih 100 pekerja juga hadir di pusat khidmat MOM di Bendemeer.

Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Pusat Pekerja Hijrahan (MWC) menyatakan mereka akan menggunakan dana masing-masing untuk memberikan wang tunai S$200 dan baucar untuk perbelanjaan harian kepada setiap pekerja, selagi pekerja itu adalah anggota MWC atau berdaftar sebagai anggota.

Ketua buruh Ng Chee Meng berkata pada Jumaat bahawa lebih 80 syarikat menawarkan hampir 400 kerja kosong, dengan penempatannya dijadual bermula pada minggu depan.

Beliau menambah para pekerja akan dipindahkan ke kemudahan penginapan tunggal untuk menyelaraskan sokongan dengan lebih baik.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita