Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan, kesatuan bakal mainkan peranan lebih besar pastikan latihan pekerja relevan, penuhi keperluan

Anggaran Waktu Membaca:
Majikan, kesatuan bakal mainkan peranan lebih besar pastikan latihan pekerja relevan, penuhi keperluan

Para pekerja di Raffles Place di pusat bandar Singapura. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Para majikan dan kesatuan sekerja bakal memainkan peranan lebih besar
bagi memastikan program latihan untuk golongan pekerja adalah relevan dengan keperluan syarikat.

Program itu diperkenalkan selepas industri pendidikan dewasa melancarkan peta transformasi yang dikemas kini pada Khamis (2 Feb).

Ia juga akan menumpukan usaha memudahkan akses kepada latihan dalam kalangan para pekerja sepenuh masa, dengan memanfaatkan wadah-wadah digital dengan lebih baik.

Para jurulatih juga akan mendapat pentauliahan dalam jangka masa lebih pendek iaitu hanya tiga bulan berbanding enam hingga sembilan bulan sekarang.

Semasa pelancaran peta transformasi tersebut siang tadi, Menteri Negara Pendidikan Gan Siow Huang berkata, semua pihak dirujuk tentang peta yang telah dikemas kini itu.

"Melaksanakan strategi tersebut perlu usaha serta tanggungjawab bersama antara para pelatih, perusahaan dan penyedia khidmat latihan.

"Ia juga melibatkan inovasi serta kerjasama, dan yang paling penting, pelaburan berterusan dalam kakitangan dan kemampuan sektor Latihan dan Pendidikan Dewasa," jelas Cik Gan.
Sumber : CNA/IQ/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan