Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan diwajibkan periksa kesahihan kelayakan pendidikan pemohon Pas Pekerjaan mulai Sep

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Untuk mencegah sebarang penipuan berkaitan kelayakan pendidikan yang diserahkan dalam permohonan Pas Pekerjaan (EP), para majikan dikehendaki menyerahkan bukti pengesahan bagi kelayakan berkenaan sewaktu proses permohonan, kata Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng pada Rabu (1 Mac). 

Berucap di Parlimen semasa membahaskan peruntukan bagi Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Dr Tan berkata proses baru itu akan berkuat kuasa mulai 1 September 2023, serentak dengan masa Rangka Kerja Penilaian Pelengkap (Compass) baru dilaksanakan.

Mulai September ini, semua permohonan baru bagi EP akan dinilai menerusi sistem berdasarkan mata, yang diberi nama rangka kerja Compass, bagi memastikan penilaian bakat asing yang lebih menyeluruh. 

Di bawah rangka kerja tersebut, para pemohon boleh mengumpul mata bagi kriteria kelayakan, yang turut dikenali sebagai Kriteria 2.

Kriteria 2 juga termasuk penyerahan kelayakan pendidikan. 

Menurut Dr Tan, buat masa ini, majikan yang ingin menggajikan pemegang EP bertanggungjawab mengesahkan kesahihan kelayakan calon sebelum diambil bekerja. 

"Untuk mencegah sebarang penipuan dengan menyerahkan kelayakan pendidikan yang palsu, majikan yang ingin diberi mata di bawah Kriteria 2 bagi 'kelayakan', akan dikehendaki menunjukkan bukti pengesahan kelayakan yang diisytiharkan dalam permohonan EP," katanya. 

Dr Tan turut menambah bahawa persatuan-persatuan industri dan pihak-pihak berkepentingan yang lain sudah diminta maklum balas dan pandangan mereka dan beliau turut memberi jaminan bahawa kementeriannya akan "memastikan pelaksanaan yang lancar dan kami akan mengurangkan gangguan pada proses pengambilan pekerja hijarahan".

BAGI SEKTOR YANG MEMERLUKAN KEMAHIRAN TUKIKAN

Bagi membantu perniagaan-perniagaan yang memerlukan tenaga manusia dengan kemahiran tukikan dan kepakaran khusus yang mungkin mengalami kekurangan bekalan, MOM sudah mengumumkan tahun lalu bahawa ia akan memperkenalkan Senarai Kekurangan Bekalan Pekerjaan (SOL) di bawah rangka kerja Compass yang mengiktiraf pemegang EP yang mempunyai kemahiran sedemikian. 

Dr Tan berkata, MOM sedang berunding dengan agensi-agensi pelbagai sektor bagi memuktamadkan SOL yang dilakarkan buat pertama kalinya itu.

Beliau berkata, salah satu pertimbangan utama adalah bagi memastikan agensi-agensi pelbagai sektor bekerjasama dengan industri untuk melaksanakan pelan bagi mengembangkan bekalan tempatan bagi pekerjaan-pekerjaan yang baik itu. 

Ini termasuk bekerjasama dengan Institut-Institut Pengajian Tinggi (IHL) untuk melengkapi siswazah dengan kemahiran yang diperlukan, serta membangunkan dan mengasah lagi kemahiran mereka yang bekerja dalam sektor tersebut, atau mereka yang memainkan peranan berkaitan. 

"SOL akan meliputi pekerjaan-pekerjaan khusus bagi pelbagai bidang seperti teknologi, jagaan kesihatan dan kemampanan, di mana adanya kekurangan karyawan berkemahiran di seluruh dunia," katanya. 

Ia juga akan kerap disemak semula, dengan pembaharuan besar dibuat setiap tiga tahun, bagi memastikan senarai itu "diubah mengikut perkembangan industri, sambil mengekalkan kepastian yang sekucupnya untuk perniagaan-perniagaan berkembang". 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan