Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan digalak hulur lebih banyak sokongan kepada kesihatan mental, kesejahteraan pekerja

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 May 2022 06:51PM Dikemas Kini : 05 May 2022 08:28PM

SINGAPURA: Lebih ramai majikan perlu memberi sokongan kepada kesejahteraan mental kakitangan mereka. 

Menurut Menteri Negara Tenaga Manusia Gan Siow Huang, ia boleh dilakukan dengan meningkatkan pelaksanaan inisiatif-inisiatif kesejahteraan mental. 

Beliau berkata demikian semasa satu acara yang mendedahkan hasil tinjauan mengenai paras tekanan sepanjang dua tahun lalu. 

Lebih 530 orang terlibat dalam tinjauan yang dijalankan oleh Gerakan Reben Perak Singapura itu. 

Sebanyak 60 peratus peserta berkata, mereka mengalami tahap tekanan yang sederhana, manakala hampir 30 peratus mengalami tekanan tinggi disebabkan oleh masalah di dalam dan di luar tempat kerja. 

Aturan pekerjaan hibrid menjadi model pekerjaan pilihan mereka.

Rasa kepuasan dan keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan adalah faktor paling penting yang dipertimbangkan oleh para pekerja semasa memilih pekerjaan.

Cik Gan berkata bahawa usaha memupuk budaya kesejahteraan mental yang baik bukan saja memberi manfaat kepada para pekerja tetapi juga para majikan.

"Individu dengan masalah kesihatan mental mungkin memerlukan jadual kerja fleksibel agar mereka dapat terus bekerja sambil menjalani terapi atau kaunseling. 

"Saya ingin menggalakkan lebih ramai majikan untuk menyertai komuniti tempat kerja yang berpelbagai dan inklusif yang rela dan bersedia mengambil pekerja dengan masalah kesihatan mental," ujar Cik Gan. 

Di acara itu, 11 buah syarikat menerima pengiktirafan kerana menggalak kesejahteraan dan kesihatan mental di tempat kerja.

Sumber : CNA/AI/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan