Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan bimbang tangani kenaikan kos susuli peluasan PWM

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Sep 2022 08:18PM Dikemas Kini : 07 Sep 2022 08:38PM
SINGAPURA: Menghadkan kenaikan harga di bawah 10 peratus.

Demikian usaha rangkaian runcit tempatan ValuDollar sedang langkah menaikkan gaji mula diwajibkan bagi pekerja bergaji rendah.

Model Gaji Progresif atau PWM bagi pekerja sektor runcit berkuat kuasa pada bulan September ini.
Sekitar 19,000 pekerja sektor runcit akan dinaikkan gaji sepanjang tiga tahun mendatang.

Langkah-langkah lain termasuk gaji minimum S$1,850 sebulan, tidak termasuk gaji kerja lembur bagi penolong runcit.

Namun terdapat keprihatinan, kewajipan baru itu akan menaikkan kos untuk majikan dan pelanggan.

Para peruncit diberikan tempoh peralihan enam bulan untuk menghuraikan masalah dalam usaha mematuhi PWM.

Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata, Pemerintah akan terus menyokong peruncit dalam pelaksanaan PWM, dan merujukkan mereka kepada skim-skim sedia ada untuk meringankan beban kos.

Pada masa yang sama, Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad menekankan peri pentingnya bagi majikan menyusun semula perniagaan dan persekitaran pekerjaan bagi memikat bakat.

"Bagi kami, ini merupakan satu objektif sosioekonomi, bagaimana untuk meningkatkan lagi, bukan saja gaji, tetapi taraf produktiviti bagi pekerja kita," kata Encik Zaqy.

Tambahnya lagi, gaji pekerja menerima peningkatan lagi untuk meyakinkan mereka bahawa Singapura bertambah progresif dan demi merapatkan jurang antara pekerja bergaji rendah dengan pekerja median.
Sumber : CNA/ZA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan