Maidin Packer dikenang rapat dengan masyarakat SG; aktif martabatkan Bahasa Melayu & bantu bekas pesalah
Anggaran Waktu Membaca:
SM Teo bersama Allahyarham Mohamad Maidin Packer. (Gambar fail: Teo Chee Hean/Facebook)
SINGAPURA: Encik Mohamad Maidin Packer Mohd akrab dengan masyarakat jauh sebelum beliau menyertai bidang politik dan perkara ini menjadi antara ketokohan Allahyarham yang disanjungi Perdana Menteri Lawrence Wong mahupun Menteri Kanan Lee Hsien Loong dan Teo Chee Hean.
PM Wong menerusi catatan Facebooknya menyatakan beliau memberikan penghormatan terakhir kepada mantan Setiausaha Parlimen Kanan itu pada pagi tadi (25 Jun).
"Encik Maidin melakukan begitu banyak sumbangan tidak ternilai di beberapa kementerian. Usaha yang diterajuinya juga memastikan Geylang Serai kekal sebagai sebuah hab yang mekar dan bertenaga buat masyarakat Melayu/Islam, selain membentuk asas bagi pelbagai rancangan Jalur Budaya Geylang Serai yang akan datang," tulis PM Wong.
Beliau turut menarik perhatian kepada usaha berterusan Allahyarham melestarikan warisan budaya masyarakat Melayu.
"Sumbangan-sumbangannya akan terus dihargai dan dikenang. Ingatan saya bersama keluarga Allahyarham Encik Maidin," sambung PM Wong.

Menteri Kanan Lee Hsien Loong dalam surat ucap takziahnya kepada balu Allahyarham Maidin Packer, Cik Rahimah Asmore pula mengimbas kecemerlangan Allahyarham Maidin dalam bidang kewartawanan.
Pandangan politiknya bahkan dianggap "sangat bernilai" kepada barisan Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP).

"Hubungan mendalam Allahyarham dengan masyarakat Melayu/Islam menjadikannya penasihat yang berhemah dan berpandangan jauh bagi urusan berkaitan isu-isu masyarakat dan negara," kenang SM Lee dalam surat takziahnya yang bertarikh 25 Jun 2024.
"Mereka yang menyandang jawatan perdana menteri, termasuk saya, menghargai wawasan dan pandangan politiknya. Keupayaan beliau untuk berhubung dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat sangat berharga bagi kami," tulis SM Lee lagi.
Allahyarham dilantik sebagai Setiausaha Politik Encik Goh Chok Tong pada 1990 dan beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1991.
Sepanjang kerjaya politiknya, Allahyarham berkhidmat sebagai Setiausaha Parlimen Kanan di beberapa kementerian dan berkhidmat sebagai Anggota Parlimen GRC Aljunied (1991-1996) mahupun GRC Marine Parade (1997-2006).

Menteri Kanan Teo Chee Hean pada Selasa (25 Jun) turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan mengucapkan takziah kepada keluarganya.
"Kami bersama-sama berkhidmat di Kementerian Pendidikan di mana beliau membantu memperkenalkan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa di sekolah-sekolah," tulis Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, di Facebook.
Sama seperti PM Wong, beliau turut menyebut betapa Allahyarham cukup aktif dalam bidang seni mahupun Bulan Bahasa.
Sementara itu, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkongsi bagaimana Allahyarham Maidin Packer meninggalkan kesan yang begitu mendalam pada dirinya.
"Saya mengambil alih Encik Maidin di Kampong Ubi, GRC Marine Parade pada 2006. Saya masih ingat dengan jelas saat-saat saya baru diperkenalkan dan bekerja di lapangan Divisyen Kampong Ubi bersama beliau," tulis Dr Faishal di Facebook.
Selain menyifatkan Allahyarham sebagai murah hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi golongan lemah, Dr Faishal juga masih ingat bagaimana Allahyarham akan meluangkan "masa berjam-jam mendampingi para penduduk dan masyarakat Melayu/Islam".

"Beliau selalu mengingatkan saya bahawa walaupun saya seorang AP yang dipilih oleh rakyat Singapura tidak kira bangsa, saya mempunyai peranan tambahan, iaitu memastikan masyarakat Melayu/Islam terus mekar dengan rakyat Singapura yang lain," kata Dr Faishal lagi.
Beliau juga menyanjungi "kerja baik" Allahyarham membantu bekas pesalah membuka lembaran baharu.
Allahyarham meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung pada 6.50 petang Isnin (24 Jun).

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.