Skip to main content

Singapura

Mahkamah tolak rayuan remaja cacat mental dipenjara dan sebat kerana rogol teman sekolah

Mahkamah Rayuan menolak permohonan pihak pendakwa raya hari ini (11 Mac) untuk menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan terhadap seorang remaja kurang upaya intelek setelah dia merogol dan melakukan serangan seksual terhadap rakan sekolahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah tolak rayuan remaja cacat mental dipenjara dan sebat kerana rogol teman sekolah

Gambar fail.

Diterbitkan : 11 Mar 2019 11:12PM Dikemas Kini : 11 Mar 2019 11:17PM

SINGAPURA: Mahkamah Rayuan menolak permohonan pihak pendakwa raya hari ini (11 Mac) untuk menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan terhadap seorang remaja kurang upaya intelek setelah dia merogol dan melakukan serangan seksual terhadap rakan sekolahnya.

Remaja lelaki itu yang berusia 18 tahun ketika rayuan dibuat oleh pihak pendakwa, akan menjalani latihan pemulihan (RT) sehingga tiga tahun, seperti yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.

Pihak pendakwa raya meminta mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara antara 15 dengan 18 tahun, serta 15 kali sebatan.

Serangan seksual itu berlaku pada 21 November 2014, apabila remaja tersebut yang ketika itu berusia 14 tahun, mengekori mangsa yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.

Dokumen mahkamah menunjukkan remaja berkenaan memiliki tahap IQ 61 dan usia mental budak berusia antara lapan dengan 10 tahun ketika itu.

Mangsa yang berusia 16 tahun, pula mempunyai IQ 50.

Pada hari serangan itu, remaja tersebut mengekori mangsa hingga ke dalam lif. Dia melakukan serangan seksual terhadap mangsa sejurus keluar dari lif di tingkat rumah remaja perempuan itu.

Remaja itu mengancam untuk mengeluarkan pisau apabila mangsa cuba melarikan diri.

Remaja itu mengaku bersalah atas tiga tuduhan, pada tahun 2017,dengan satu tuduhan rogol dua tuduhan serangan seksual.

Dia juga bersetuju bagi enam pertuduhan lain diambil pertimbangan untuk tujuan penetapan hukuman.

Pihak pendakwa berhujah kesalahan yang dilakukan remaja itu adalah serius dan menyebabkan kesan amat serius.

Mahkamah memutuskan bahawa hukuman pemulihan di sebuah pusat RT adalah "yang terbaik dan berprinsip" serta "langkah yang sesuai" bagi kes tersebut berdasarkan usianya yang muda ketika melakukan kesalahan dan kecacatan mental yang dihadapinya. 

Sumber : CNA/IL/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita