Mahkamah tolak rayuan pendekkan hukuman penjara lelaki rogol wanita 3 kali pada 2013
Anggaran Waktu Membaca:

Lim Choon Beng dijatuhi hukuman penjara kerana merogol seorang wanita. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Mahkamah hari ini (5 Jun) menolak rayuan seorang perogol yang memohon agar tempoh hukuman penjaranya disingkatkan.
Lim Choon Beng, 37 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama hampir 17 tahun pada 2016 kerana merogol dan menyerang secara seksual seorang wanita sebanyak tiga kali di tempat awam.
Tindakan keji itu dilakukan di tiga lokasi di jalan-jalan raya pada Februari 2013.
Pesuruhjaya Kehakiman yang menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun, 10 bulan dan dua minggu, serta 22 sebatan rotan ke atas Lim pada 2016, berkata tindakan Lim itu memusnahkan pemikiran bahawa seseorang boleh berjalan dengan selamat di jalan raya awam Singapura pada bila-bila masa sahaja.
Lim menghampiri mangsa, 24 tahun, ketika beliau sedang berjalan bersendirian untuk pulang ke rumah. Dalam keadaan mabuk, dia menindih mangsa, menghentak kepalanya ke dinding dan memperkosanya.
Dia hanya menghentikan tindakan kejinya itu apabila sebuah teksi berhenti berdekatan mereka.
Lim mengaku bersalah beberapa hari selepas perbicaraan dimulakan, tetapi kemudian memfailkan rayuan ke atas hukumannya.
Tanpa diwakili peguam, dia mendakwa hukuman yang dijatuhkan ke atasnya adalah "sangat tidak adil". Lim meminta supaya hukuman penjaranya dipendekkan hampir dua tahun, kepada 15 tahun.
Permohonan yang dibuat Lim adalah berdasarkan dakwaan bahawa ada penggubalan undang-undang, seperti yang digunakan dalam kes Chang Kar Meng, yang dirujuk hakim ketika menjatuhkan hukuman ke atasnya.
Hakim Mahkamah Rayuan pada Isnin (5 Jun) menolak permohonan Lim sambil berkata dia gagal mengemukakan bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa adanya ketidakadilan.
"Keputusan dalam (kes) Chang Kar Meng tidak mempunyai kesan terhadap kes ini," kata Hakim Tay.
"Jelas tiada ketidakadilan dalam penjatuhan hukuman, dan hukuman atas kesalahan merogol yang dikenakan, sebenarnya boleh dianggap ringan."

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.