Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahkamah tolak rayuan pemandu terbabit kemalangan maut siswi NUS

Lelaki yang memandu laju hingga berlanggar dengan sebuah teksi dan menyebabkan kematian mahasiswi Universiti Nasional Singapura (NUS) Kathy Ong ditolak rayuannya di mahkamah pada Khamis (30 Sep)agar hukuman ke atasnya dikurangkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah tolak rayuan pemandu terbabit kemalangan maut siswi NUS

Kemalangan pada Apr 2018 yang menyebabkan kematian seorang siswi NUS (Gambar: Facebook/Roads.sg)

Diterbitkan : 01 Oct 2021 09:33AM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 09:35AM

SINGAPURA: Lelaki yang memandu laju hingga berlanggar dengan sebuah teksi dan menyebabkan kematian mahasiswi Universiti Nasional Singapura (NUS) Kathy Ong ditolak rayuannya di mahkamah pada Khamis (30 Sep)agar hukuman ke atasnya dikurangkan.

Ng Li Ning, 25 tahun, merupakan pemandu kereta yang bertembung dengan sebuah teksi di persimpangan Clementi Road dan Commonwealth Avenue West pada 19 April 2018.

Pemandu teksi itu sedang membelok ke kanan sedang Ng memandu dari arah bertentangan, bergerak lurus dengan hak laluan.

Kesemua empat penumpang teksi cedera, termasuk Cik Ong, 19 tahun, yang duduk di kerusi depan. Mangsa dibawa ke hospital dan meninggal dunia pada hari yang sama.

Encik Ting Jun Heng yang duduk di bahagian belakang teksi, tercampak keluar dari kenderaan.

Beliau mengalami kecederaan trauma otak dan pada mulanya dalam keadaan lumpuh. Encik Ting juga mengalami patah rusuk dan beberapa keretakan di tulang pinggul. Dia terpaksa menangguhkan pengajiannya dan kini berjalan tempang.

Encik Ting membuat tuntutan ganti rugi ke atas pemandu teksi Yap Kok Hua dan Ng dengan hakim Mahkamah Tinggi memutuskan sebelum ini bahawa Yap bertanggungjawab ke atas 65 peratus nahas itu sementara Ng pula baki 35 peratus.

Ng membuat rayuan untuk dikurangkan kesalahannya kepada 25 peratus tetapi Mahkamah Rayuan menolak permohonannya itu pada Khamis.

Panel Hakim berkata Ng pada ketika itu sedang memandu dengan laju bahkan masih menekan minyak sedang dia menghampiri persimpangan itu.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan