Mahkamah tolak permintaan Iris Koh untuk rai Tahun Baru Cina bersama keluarga
(Gambar: Iris Koh/Facebook)
SINGAPURA: Mahkamah Tinggi menolak permintaan Iris Koh, pengasas kumpulan Healing the Divide yang pendiriannya diketahui menentang vaksinasi COVID-19, untuk meluangkan masa sempena Tahun Baru Cina bersama keluarganya.
Hari ini (31 Jan), mahkamah menolak permintaan daripada peguam firma Fervent Chambers, Encik Clarence Lun, untuk menarik balik syarat tiada ikat jamin yang ditetapkan Mahkamah Daerah Jumaat lalu (28 Jan).
Ia menjadi "harapan ikhlas" suami Koh untuk berpeluang untuk meraikan Tahun Baru Cina bersamanya, kata Encik Lun kepada Mediacorp.
Dalam penghakimannya, hakim Mahkamah Tinggi Vincent Hoong mengatakan tidak "terdapat asas perundangan" untuk membenarkan Koh dibebaskan reman buat seketika. Lagipun, bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk menggugurkan tiada ikat jamin yang diperintahkan oleh hakim daerah harus "dilaksanakan secara berhemah".
Koh sekarang dirawat di Hospital Besar Singapura (SGH) dan akan direman sekali lagi apabila dibenarkan keluar daripada hospital.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.