Mahkamah Tinggi tolak tuntutan balu keluarkan nama anak perempuan sebagai pemilik bersama flat HDB
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Jeremy Long/CNA
SINGAPURA: Sepasang suami isteri warga emas meminta bantuan anak perempuan sulung mereka untuk membayar tunggakan gadai janji (mortgage) bagi sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) selepas kesihatan si suami mula merosot pada 2016.
Rumah itu berada di bawah nama ibu bapanya, dan pada 2017, anak tersebut menjadi pemilik bersama, selepas mendapat kelulusan HDB.
Kira-kira empat tahun selepas kematian suaminya pada 2018, si isteri memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan nama anak perempuannya sebagai pemilik bersama dan membatalkan pemindahan pemilikan flat HDB.
Dia juga mahu memasukkan nama anak lelakinya, yang telah berpindah semula ke rumah tersebut selepas bercerai, sebagai pemilik bersama flat berkenaan.
Dalam keputusan Mahkamah Tinggi yang diterbitkan pada Jumaat (17 Jan), Hakim Valerie Thean menolak sepenuhnya permohonan ibu tersebut.
URUTAN KES
Pasangan suami isteri tersebut membeli flat itu di bawah nama mereka dengan harga S$218,000 pada 1 Mac 1996. Si suami membuat bayaran pendahuluan sebanyak S$51,000, manakala bakinya dibiayai melalui gadai janji bersama HDB.
Allahyarham Encik Yusope, bertugas sebagai seorang penyapu jalan di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sehingga dia berhenti bekerja disebabkan masalah kesihatan pada awal 2018. Isterinya Cik Che'som, yang kini berusia 68 tahun, menjadi suri rumah sejak dia berkahwin pada 1972.
Mahkamah diberitahu bahawa kedua-dua suami isteri itu kebanyakannya hanya fasih dalam bahasa Melayu.
Anak perempuan sulung mereka, Cik Ain, telah menjadi ejen hartanah selama 23 tahun dan berpengetahuan dalam urus niaga HDB.
Pasangan itu telah meminta Cik Ain untuk membantu dengan gadai janji pada 2016 selepas Encik Yusope tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa gara-gara kesihatannya yang kian merosot.
Cik Ain tinggal di flat tersebut pada ketika itu, setelah berpindah menyusuli perceraian keduanya.
Dia memohon kepada HDB untuk menentukan kelayakannya untuk mengambil pinjaman perumahan dan pada 24 Januari 2017, HDB menghantar surat yang ditujukan kepada Cik Ain dan ibu bapanya.
Surat itu menyatakan bahawa pinjaman HDB tidak melebihi S$42,900, harus dibayar balik dalam tempoh 22 tahun dengan ansuran bulanan S$214 pada kadar faedah tahunan 2.6 peratus.
Pada 18 Februari 2017, semua pihak menandatangani permohonan tersebut bagi pemindahan pemilikan flat HDB untuk menambah nama Cik Ain sebagai pemilik bersama, bersama Cik Che'som dan Encik Yusope, di cawangan HDB Bedok.
Pada 3 Mei 2017, ketiga-tiga mereka menghadiri janji temu HDB yang kedua, di mana mereka menandatangani satu set dokumen lain yang merangkumi instrumen pemindahan, gadai janji yang dibiayai semula di bawah nama ketiga-tiga pihak dan borang cukai setem konsesi.
Seorang pegawai HDB menjelaskan kandungan dokumen-dokumen itu kepada pasangan tersebut dalam bahasa Melayu pada kedua-dua ketika itu.
PERTIKAIAN MENGENAI FLAT
Pertikaian keluarga itu mengenai pemilikan flat tersebut tercetus pada 2018.
Pada awal tahun itu, anak lelaki sulung pasangan itu, Is Haans, berpindah ke flat yang sama selepas bercerai.
Cik Ain pula berkahwin semula pada Mei 2018 dan suaminya kemudian berpindah ke rumah itu untuk tinggal bersamanya.
Encik Yusope meninggal dunia pada September 2018. Cik Che'som memberitahu mahkamah bahawa pada Mei 2021, dia telah memaklumkan kepada anak perempuannya tentang niatnya untuk menambah nama Encik Is Haans sebagai pemilik bersama flat tersebut.
Walau bagaimanapun, Cik Ain menolak cadangan tersebut dan bertengkar dengannya.
Anak perempuannya juga mahu menyewakan bilik yang didiami oleh Encik Is Haans dan separuh daripada bilik yang didiami oleh Cik Che'som, tetapi cadangan ini ditolak.
Selepas pertengkaran itu, Cik Ain dan suaminya berpindah keluar dari flat tersebut.
Mahkamah diberitahu bahawa Cik Ain berkongsi versi peristiwa yang berbeza.
Menurut anak perempuan itu, ibunya berulang kali meminta dia bersetuju dengan penjualan flat tersebut sekitar dari November 2018, tetapi ini ditolak.
Cik Ain mengatakan Cik Che'som berharap untuk menjual flat itu kerana dia mahu berkahwin semula dengan seorang lelaki yang sudah memiliki flat HDB sendiri, manakala pada suatu ketika juga, ibunya juga mahu memasukkan nama Encik Is Haans sebagai pemilik bersama.
Selepas pertengkaran pada Mei 2021, Cik Ain menambah bahawa dia dan suaminya yang baharu telah pun meninggalkan flat tersebut "kerana takut akan dicederakan secara fizikal".
Dia membuat aduan polis pada hari yang sama, mendakwa bahawa Encik Is Haans telah memaksanya keluar dari flat tersebut.
Cik Ain kemudiannya mendapatkan Perintah Perlindungan Peribadi (PPO) dan Perintah Pengecualian Domestik terhadap adiknya, tetapi kedua-duanya ditolak.
Mahkamah diberitahu bahawa Cik Ain tidak lagi tinggal di flat tersebut sejak berpindah keluar.
KEPUTUSAN HAKIM
Hakim Thean menyatakan bahawa Cik Che'som memahami dokumen penyelesaian pada mesyuarat HDB yang kedua, yang bercanggah dengan dakwaannya tentang salah nyata dan kesilapan.
Beliau mengatakan beliau tidak yakin dengan Cik Che'som, sambil menarik perhatian bahawa terdapat dua janji temu dengan HDB di mana penjelasan diberikan oleh pegawai HDB dalam bahasa Melayu.
Malah Cik Che'som sendiri akur dalam pemeriksaan balas bahawa maklumat penting, termasuk sifat pemindahan, tujuan mesyuarat penyelesaian dan pelan kewangan, telah disampaikan kepadanya dalam bahasa Melayu, tambah Hakim Thean.
Keputusan itu juga disokong oleh keterangan seorang rakan keluarga, Cik Norlina Zainol, yang dipanggil sebagai saksi oleh Cik Ain.
Dalam kenyataan bertulisnya, Cik Norlina memberi keterangan bahawa semasa pertemuan pada 2018, Cik Che'som telah memberitahu dia dan ibunya bahawa dia lega anak perempuannya telah mengambil alih gadai janji harta itu dan Cik Ain kini menjadi pemilik bersama.
Walaupun peguam Cik Che'som cuba menunjukkan ciri tidak konsisten dalam keterangan Cik Norlina - seperti lokasi pertemuan dan perbezaan dalam tafsiran bahasa Melayu - hakim mendapati saksi dan keterangannya boleh dipercayai.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.