Mahkamah Tinggi tolak rayuan Pritam terhadap sabitan berbohong kepada jawatankuasa parlimen
Hakim Mahkamah Tinggi pada Khamis (4 Dis) menolak rayuan Ketua Pembangkang Pritam Singh terhadap sabitan berbohong kepada sebuah jawatankuasa parlimen.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hakim Mahkamah Tinggi pada Khamis (4 Dis) menolak rayuan Ketua Pembangkang Pritam Singh terhadap sabitan berbohong kepada sebuah jawatankuasa parlimen.
Hakim Steven Chong berkata keputusan hakim Mahkamah Rendah untuk mensabitkan Pritam atas kedua-dua tuduhan itu disokong oleh bukti.
Beliau menambah bahawa sabitan itu tetap kukuh meskipun beliau tidak sependapat dengan penilaian hakim perbicaraan berhubung beberapa aspek bukti.
Menurutnya, Pritam tidak berniat meminta Raeesah Khan menjelaskan pembohongannya sekurang-kurangnya selama dua bulan selepas mengetahui tentang perkara tersebut.
“Perayu berdepan satu kebenaran yang tidak menyenangkan,” kata Hakim Chong. “Seorang AP daripada partinya sendiri telah menyampaikan ucapan yang tidak benar — satu pembohongan.”
Beliau menambah bahawa Pritam “berharap dirinya tidak perlu menangani pembohongan itu”, dan atas sebab itu para pemimpin Parti Pekerja (WP) meneliti sama ada pembohongan itu akan dibangkitkan semula di parlimen dan sama ada pemerintah akan dapat mengesannya.
Hakim Chong berkata para pemimpin WP pada hakikatnya “melakukan pengurusan risiko dan/atau kawalan kerosakan”.
Beliau turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak atas hujah mereka, sambil menyatakan bahawa rayuan itu telah dipertimbangkan “dengan cara yang sangat adil” dan mengikut "tradisi terbaik mahkamah”, dan memberikan masa kepada Pritam untuk membayar dendanya.
Pritam, 49 tahun, dibicarakan atas dua tuduhan berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen berhubung keterangan palsu yang disampaikan oleh bekas anggota partinya, Raeesah Khan.
Raeesah mendakwa di Parlimen bahawa dia menemani seorang mangsa rogol ke balai polis dan kemudian mempertahankan pembohongan itu itu apabila ditanya oleh Menteri K Shanmugam, sebelum akhirnya mengaku berbohong beberapa bulan kemudian.
Pritam kemudian didakwa kerana dipercayai memberikan jawapan palsu kepada jawatankuasa tersebut yang ketika itu menyiasat tingkah laku Raeesah.
Pritam didapati bersalah dan dikenakan denda keseluruhan sebanyak S$14,000. Denda tersebut, sebanyak S$7,000 bagi setiap tuduhan, tidak membatalkan kelayakannya daripada menjadi Anggota Parlimen kerana ia tidak memenuhi syarat untuk hilang kelayakan tersebut.
Jabatan Pilihan Raya (ELD) menyatakan selepas hukumannya dijatuhkan bahawa kehilangan kelayakan adalah berdasarkan hukuman bagi satu kesalahan. Ambang untuk kehilangan kelayakan adalah hukuman penjara sekurang-kurangnya selama setahun, atau denda sekurang-kurangnya S$10,000 bagi setiap kesalahan.
Perbicaraan yang mendapat liputan meluas itu turut menampilkan keterangan daripada Raeesah, bekas pembantunya serta tokoh veteran WP, Low Thia Khiang.
Hakim perbicaraan mendapati bukti menunjukkan bahawa Pritam tidak pernah mahukan Raeesah menjelaskan pembohongan itu, dan ketiadaan bimbingan daripada Pritam adalah konsisten dengan keengganannya untuk melakukan perkara tersebut.
Hakim juga mendapati Pritam bukan saksi yang boleh dipercayai, manakala Raeesah dan pembantunya “menunjukkan keberanian semasa memberi keterangan dan bercakap benar”, meskipun pihak pembela cuba mempertikaikan kebolehpercayaan mereka.
Dalam prosiding rayuan, peguam Pritam, Encik Andre Jumabhoy, memohon agar sabitan itu digugurkan manakala pihak pendakwa pula menggesa mahkamah untuk menolak rayuan tersebut kerana sabitan bagi kes itu kukuh.
Encik Jumabhoy berhujah bahawa hakim perbicaraan menerima “perkara yang mustahil” dalam keterangan Raeesah sebagai “bukti” dan “andaian sebagai fakta”, sambil mengabaikan “hakikat jelas” bahawa Pritam “sentiasa bertindak dengan berhati-hati, berintegriti dan berempati”.
Hukuman bagi tuduhan dengan sengaja memberi jawapan palsu kepada soalan penting kepada siasatan di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa, di bawah Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa), adalah hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda sehingga S$7,000, atau kedua-duanya sekali bagi setiap tuduhan.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.