Skip to main content

Singapura

Mahkamah Tinggi tolak rayuan lelaki curi lebih S$50,000 dari teman wanitanya

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Tinggi tolak rayuan lelaki curi lebih S$50,000 dari teman wanitanya

Marcus Kong Wei Keong dilihat meninggalkan Mahkamah Negara pada 8 April 2022. (Gambar: TODAY/Aaron Low)

Diterbitkan : 27 Jan 2023 05:49PM Dikemas Kini : 27 Jan 2023 05:50PM
SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sekitar satu tahun dan tujuh bulan pada Jumaat (27 Jan) kerana mencuri kira-kira S$52,000 daripada teman wanitanya yang mengalami ekzema.

Ini selepas hakim menolak rayuan yang dikemukakan lelaki itu terhadap sabitan dan hukumannya.

Marcus Kong Wei Keong, 35 tahun, berpindah ke rumah teman wanitanya pada Mei 2015 untuk menjaganya apabila beliau tidak dapat bekerja kerana keadaan kulitnya yang teruk.

Kong kemudian mengambil kad kredit serta kad bank teman wanitanya secara senyap-senyap selama dua bulan, menggunakannya untuk mengeluarkan wang tunai dan pindahan wang secara online.

Warga Singapura itu didapati bersalah atas 53 tuduhan tahun lalu berikutan perbicaraan di Mahkamah Negara, yang bermula pada Oktober 2019.

Antara tuduhan itu termasuk mencuri, memberikan maklumat palsu tentang satu kesalahan dan mendapat akses kepada bahan komputer tanpa kebenaran.

Bagi setiap kesalahan mencuri, Kong boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.
 
Sumber : CNA/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita