Mahkamah Tinggi tolak rayuan Changi Airport Group tuntut elaun modal aset S$272 juta
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mahkamah Tinggi menolak rayuan pengendali Lapangan Terbang Changi untuk menuntut elaun modal ke atas S$272 juta yang dibelanjakan untuk aset-aset selama tiga tahun.
Changi Airport Group (CAG), yang diberikan lesen untuk menguruskan Lapangan Terbang Changi pada 2009, membuat tuntutan bagi elaun modal di bawah Akta Cukai Pendapatan pada 2011, 2012 dan 2013 untuk perbelanjaan modal berhubung aset-aset tertentu - dua landasan kapal terbang, pelbagai laluan pesawat dan tempat khusus untuk meletakkan pesawat.
Elaun modal adalah potongan yang boleh dituntut untuk susut nilai aset tetap tertentu. Jumlah itu boleh ditolak daripada pendapatan perniagaan bercukai, mengurangkan cukai korporat yang perlu dibayar.
Perbelanjaan modal CAG berhubung aset-aset tersebut berjumlah S$272,575,162 sepanjang tiga tahun.
Bagaimanapun, Pengawal Cukai Pendapatan (Comptroller of Income Tax) menolak tuntutan elaun modal.
Di tengah-tengah pertikaian adalah bagaimana kedua-dua pihak tidak bersetuju sama ada aset-aset itu dianggap sebagai "loji". Aset yang termasuk dalam definisi loji layak mendapatkan elaun modal.
Menurut Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS), loji merujuk kepada peralatan yang digunakan oleh seseorang untuk menjalankan perniagaan, perdagangan atau pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Ini bertentangan dengan premis di mana sesuatu perdagangan, perniagaan atau pekerjaan dijalankan.
CAG menegaskan bahawa aset-aset itu adalah loji yang tertakluk di bawah Akta Cukai Pendapatan.
Pengawal Cukai Pendapatan bagaimanapun tidak bersetuju dan sebaliknya memberikan elaun bangunan perindustrian kepada CAG atas dasar bahawa aset-aset tersebut adalah struktur.
CAG kemudian mengemukakan rayuan terhadap penilaian Pengawal Cukai Pendapatan sebelum Lembaga Semakan Cukai Pendapatan, yang memutuskan bahawa landasan, laluan pesawat dan tempat khusus untuk meletakkan pesawat bukan loji yang layak untuk mendapatkan elaun modal.
Perkara itu kemudian dibawa ke hadapan Hakim Choo Han Teck di Mahkamah Tinggi.
Dalam penghakiman bertarikh 1 Nov, Hakim Choo berkata beliau bersetuju dengan Lembaga Semakan Cukai Pendapatan yang memutuskan bahawa fungsi asas landasan, laluan pesawat dan dan tempat khusus untuk meletakkan pesawat adalah struktur yang "(membolehkan) pesawat mendarat dan diletakkan di tempat khusus".
"Oleh itu, ia adalah premis di mana perdagangan perayu berlaku, berbanding dengan radas yang digunakan untuk perdagangan itu," kata Hakim Choo.
CAG diwakili oleh peguam Tan Kay Kheng, Tan Shao Tong dan Goh Ziluo dari Wong Partnership, manakala Pengawal Cukai Pendapatan (Comptroller of Income Tax) diwakili peguam IRAS Bjorn Lee Long Jin dan Flora Koh Swee Huang.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.