Mahkamah Tinggi tolak permohonan pampasan S$10,000 oleh Parti Liyani
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Parti Liyani untuk mendapatkan ganti rugi sebanyak S$10,000 daripada Pejabat Peguam Negara (AGC)
SINGAPURA: Mahkamah Tinggi menolak permohonan Parti Liyani untuk mendapatkan ganti rugi sebanyak S$10,000 daripada Pejabat Peguam Negara (AGC)
Keputusan disampaikan Hakim Chan Seng Onn yang membebaskan bekas pembantu rumah asing itu tahun lalu daripada tuduhan mencuri daripada majikannya.
Wanita Indonesia itu, seorang bekas pembantu rumah, sebelum ini didapati bersalah mencuri barangan bernilai lebih S$34,000 dari bekas majikannya, yang merupakan mantan Pengerusi Changi Airport Group, Liew Mun Leong.
Cik Parti merupakan orang pertama membuat permohonan menuntut pampasan daripada pihak Pendakwa Raya, di bawah Seksyen 359 (3) Kod Prosedur Jenayah, yang diperkenalkan pada 2010.
Undang-undang itu mengatakan jika tertuduh dibebaskan, dan jika dibuktikan pendakwaan tersebut adalah "remeh dan menyusahkan", mahkamah boleh mengeluarkan perintah pampasan berjumlah sehingga S$10,000.
Ketika menyampaikan keputusan, Hakim Chan berkata Cik Parti tidak membuktikan secara pasti bahawa pendakwaannya adalah remeh dan menyusahkan.
Hakim Chan juga menarik perhatian bahawa Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang objektif akan mempertimbangkan bahawa terdapat bukti yang cukup untuk menjadikan kes itu sesuai dibicarakan di mahkamah, sambil menambah bahawa mahkamah "tidak boleh diganggu oleh pertimbangan tentang apa yang yang sepatutnya dilakukan".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.