Mahkamah Tinggi luluskan rayuan wanita terhadap CGH atas kelengahan diagnosis barah paru-paru
Mahkamah Rayuan hari ini (26 Feb) meluluskan rayuan seorang wanita terhadap Hospital Besar Changi kerana melengahkan diagnosis barah paru-parunya.
(Gambar: Hospital Besar Changi)
SINGAPURA: Mahkamah Rayuan hari ini (26 Feb) meluluskan rayuan seorang wanita terhadap Hospital Besar Changi kerana melengahkan diagnosis barah paru-parunya.
Mahkamah Tinggi menolak dakwaan cuai pada Februari tahun lalu selepas mengesan ketumbuhan pada salah satu paru-paru Cik Noor Azlin Abdul Rahman yang didapati tidak berbahaya apabila pertama kali dikesan pada 2007.
Namun, Mahkamah Tinggi hari ini (26 Feb) mendapati bahawa CGH melanggar kewajibannya terhadap pesakit dengan gagal melaksanakan satu sistem pengurusan pesakit dan rawatan susulan selepas hasil radiologi.
Ini menyebabkan kelengahan dalam diagnosis barah paru-paru Cik Azlin, kata Hakim Besar Sundaresh Menon dan Hakim-Hakim Rayuan Andrew Phang dan Judith Prakash.
Cik Azlin pertama kali ke CGH pada 2007 dan imej X-ray menunjukkan paru-parunya kabur. Dia dirujuk kepada seorang pakar perubatan pernafasan Dr Imran Mohamed Noor, yang menyuruh Cik Azlin menjalani dua lagi pemeriksaan X-ray bagi mencari tahu mengapa ada kekaburan "yang muncul dan hilang sendiri".
Doktor tersebut memberi Cik Azlin kebebasan untuk mengatur sesi bagi pemeriksaan lanjut. Wanita itu kembali ke CGH sebanyak dua kali, berjumpa dengan dua doktor di jabatan Kemalangan & Kecemasan (A&E) pada April 2010 dan Julai 2011.
Semasa kedua-dua lawatannya ke hospital itu, Cik Azlin menjalani pemeriksaan X-ray dan pakar radiologi menyarankan beliau menjalani pemeriksaan lanjut. Namun, tiada pemeriksaan dijalankan.
Ketumbuhan hanya ditemui pada dada Cik Azlin oleh pakar perubatan pernafasan CGH selepas beliau dirujuk ke Klinik Perubatan Raffles pada lewat 2011 kerana batuk, sesak nafas dan darah dalam kahaknya.
Satu biopsi pada Feb 2012 mengesahkan bahawa ketumbuhan itu berbahaya dan Cik Azlin menghidap barah paru-paru. Barah itu menjadi semakin serius sehingga ke tahap empat pada Ogos 2014 dan Cik Azlin didapati menghidap penyakit yang jarang dihidapi orang lain - penyusunan gen ALK.
Pada Oktober 2016, barah itu merebak ke otaknya.
Cik Azlin memfailkan saman terhadap CGH dan tiga doktor pada Januari 2015, sambil mendakwa bahawa kecuaian mereka melengahkan diagnosis serta rawatan barah paru-parunya sehingga menyebabkannya tidak dirawat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.