Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahkamah Tinggi arah penyedia khidmat Internet sekat akses kepada kotak apps TV

Mahkamah Tinggi mengarahkan penyedia-penyedia khidmat Internet supaya menyekat akses kepada aplikasi-aplikasi kotak TV yang membolehkan penstriman serta muat turun kandungan seperti filem-filem, rancangan TV dan saluran-saluran langsung sukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Tinggi arah penyedia khidmat Internet sekat akses kepada kotak apps TV

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 23 Nov 2018 11:13PM Dikemas Kini : 23 Nov 2018 11:20PM

SINGAPURA: Mahkamah Tinggi mengarahkan penyedia-penyedia khidmat Internet supaya menyekat akses kepada aplikasi-aplikasi kotak TV yang membolehkan penstriman serta muat turun kandungan seperti filem-filem, rancangan TV dan saluran-saluran langsung sukan.

Ini menyusuli satu perbicaraan bagi usulan yang difailkan pada Oktober oleh Singnet, Fox Network Group Singapore, NGC Network Asia, Fox International Channels (AS) dan Persatuan Bola Sepak Liga Perdana.

Aplikasi seperti itu "terang-terangan melanggar hak cipta dengan membuka akses kepada laman-laman penstriman kandungan cetak rompak, menurut Gabungan Menentang Cetak Rompak (CAP) Asia Video Industry Association (AVIA) dalam kenyataan medianya pada Jumaat (23 Nov). Plaintif merupakan para anggota CAP.

"Aplikasi-aplikasi ini disertakan dalam kotak-kotak TV yang dijual secara meluas di banyak kedai seperti di Sim Lim Square, pameran-pameran IT dan e-pasaran yang popular," tambah CAP.

Usulan itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 2 Nov, dan Pesuruhjaya Kehakiman Dedar Singh Gill kemudian mengeluarkan perintah terhadap lapan server domain pengesahan.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Singtel menyatakan bahawa ia tahu tentang perintah tersebut dan sudah mematuhinya.

Ketua AVIA Louis Boswell mengalu-alukan keputusan Mahkamah, dan menarik perhatian kepada alat-alat penstriman haram (ISD) yang menjejas "perniagaan dalam penghasilan dan pengagihan kandungan secara sah".

Satu aplikasi yang dijangka akan terjejas adalah UBTV, aplikasi milik syarikat China, Unblock Tech, kata Pengurus Besar CAP Neil Gane.

Menurut lamannya, Unblock Tech mempunyai lebih 500 ejen dan pengedar di seluruh dunia. Para pelanggannya pula dari negara-negara seperti Singapura, Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada dan Britain.

"Para pelanggan yang membeli ISD tidak hanya membiayai kumpulan jenayah, tetapi juga membazir wang apabila saluran-saluran itu tidak lagi boleh dimainkan," kata Encik Gane. "ISD tidak ditawarkan dengan khidmat jaminan, tidak kira apa yang diakui penjual."

Di samping itu, Encik Gane berkata para pelanggan yang mengakses kandungan cetak rompak berisiko terjejas oleh perisian hasad (malware).

Menurut satu kajian yang dijalankan di London, khidmat TV online dan tindakan cetak rompak menyebabkan kerugian sekitar AS$31.8 bilion (S$42.9 bilion) pada peringkat global, dan mencecah sehingga AS$51.6 bilion menjelang 2022. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan