Mahkamah Timbang Tara Tetap luaskan saiz pejabat di SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah badan antarabangsa yang menghuraikan pertikaian bagi negara-negara dan syarikat-syarikat perniagaan menggandakan saiz pejabatnya di Singapura.
Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA) menyatakan langkah itu dibuat memandangkan permintaan yang meningkat untuk menghuraikan pertikaian di Asia Pasifik.
Tahun lalu, ia merangkumi lebih sepertiga daripada jumlah kes di seluruh dunia.
PCA menambah Singapura memainkan peranan penting dalam prosiding sedemikian.
Pejabatnya di Maxwell Chambers akan juga mengambil lebih ramai pegawai perundangan.
Wakil PCA di Singapura turut dilantik dalam acara pada Jumaat (5 Sep).
Sejak pembukaannya pada 2018, pejabat PCA itu sudah menguruskan lebih 100 kes.
Ini termasuk perjanjian pertikaian sempadan maritim antara Australia dengan Timor-Leste.
Menteri Undang-Undang Edwin Tong percaya PCA akan memberikan kesan besar terhadap huraian pertikaian di rantau ini.
Beliau berkata: "Jika anda hadir di Singapura, ia relevan lagi kerana anda akan menjadi sebahagian daripada ASEAN.
"Sedang anda memainkan peranan dalam huraian secara aman untuk berdamai, hakikat bahawa anda beroperasi di luar ASEAN, berkhidmat untuk ASEAN dan rantau lebih luas, akan membuat perbezaan besar."

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.