Mahkamah Tiga Hakim bebaskan AP Christopher de Souza dari salah laku sebagai peguam
Anggaran Waktu Membaca:

AP GRC Holland-Bukit Timah Christopher de Souza berucap semasa perbahasan di Parlimen pada 28 Nov 2022.
SINGAPURA: Mahkamah Tiga Hakim, badan disiplin tertinggi bagi bidang guaman, pada Isnin (31 Jul) membebaskan Anggota Parlimen (AP) Christopher James de Souza dari salah laku profesional sebagai seorang peguam.
Encik de Souza, 47 tahun, yang juga Speaker Kanan Parlimen, sebelum ini didapati bersalah oleh tribunal disiplin membantu anak guamnya melindungi bahan bukti dari mahkamah.

BACA: Peguam Christopher de Souza mungkin berdepan tindakan disiplin atas salah laku profesional
Ia dibuat dengan menyediakan dan memfailkan dokumen yang tidak mendedahkan anak guamnya melanggar syarat-syarat dengan menggunakan maklumat dan dokumen sulit.
Walau bagaimanapun, Mahkamah Tiga Hakim pada Isnin menyatakan bahawa ia jelas bagi mereka bahawa Encik de Souza tidak berniat untuk menghalang pelanggaran itu.
Mahkamah yang terdiri dari Hakim Belinda Ang, Hakim Woo Bih Li dan Hakim Kannan Ramesh, berkata bahawa Persatuan Guaman Singapura (LawSoc) tidak membuat dakwaan terhadap Encik de Souza.
Semasa membuat keputusan, Hakim Belinda Ang berkata bahawa mahkamah mendapati "niat adalah aspek penting dalam dakwaan".
Namun, bukti ketika itu menunjukkan bahawa Encik de Souza dan pasukannya di Lee & Lee sentiasa menggesa anak guamnya untuk mendedahkan pelanggaran tersebut, kata Hakim Ang.
Dalam satu kenyataan kepada Mediacorp melalui hakimnya selepas perbicaraan, Encik de Souza berkata beliau "amat gembira" dibebaskan dari sebarang kesalahan selepas tiga tahun.
Encik de Souza berkata tuduhan terhadapnya "tidak berasas sama sekali" dan beliau berkelakuan "sangat jujur" sepanjang masa.
Selepas perbicaraan, seorang jurucakap PAP memberitahu Mediacorp dalam satu kenyataan: "Parti ini sentiasa percaya kepada proses undang-undang, dan menjunjung piawaian tinggi integriti yang diharapkan oleh para AP kami. Kami sangat gembira mahkamah telah membebaskan Encik Christopher de Souza dari sebarang kesalahan."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.