Mahkamah SG buka laluan bagi tuntutan AS$2.7 bilion terhadap Standard Chartered dalam kes 1MDB
Sebuah mahkamah di Singapura membuka laluan bagi tuntutan saman berjumlah AS$2.7 bilion (S$3.52 bilion) terhadap Standard Chartered Bank berhubung dakwaan mengenai peranannya dalam penipuan 1MDB, menurut pembubar yang berusaha mendapatkan semula dana tersebut pada Isnin (24 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah mahkamah di Singapura membuka laluan bagi tuntutan saman berjumlah AS$2.7 bilion (S$3.52 bilion) terhadap Standard Chartered Bank berhubung dakwaan mengenai peranannya dalam penipuan 1MDB, menurut pembubar yang berusaha mendapatkan semula dana tersebut pada Isnin (24 Nov).
Mahkamah Tinggi Singapura menolak permohonan bank itu untuk membatalkan tuntuan yang difailkan terhadapnya oleh para pembubar, menurut kenyataan media mereka, yang menyifatkannya sebagai “kemenangan besar undang-undang” yang membolehkan kes itu diteruskan.
Pembubar yang berusaha untuk mendapatkan semula wang daripada dana kekayaan berdaulat Malaysia 1MDB menyaman Standard Chartered Bank di Singapura pada Jun, dengan mendakwa bahawa bank berkenaan membolehkan tindakan penipuan yang menyebabkan kerugian kewangan dengan jumlah lebih AS$2.7 bilion (S$3.52 bilion) lebih 10 tahun lalu.
“Kami gembira permohonan ini ditolak,” kata mereka dalam kenyataan itu. “Ia juga membolehkan kami meneruskan usaha untuk mendapatkan semula aset yang diselewengkan dan yang seharusnya dimiliki rakyat Malaysia.”
Langkah tersebut merupakan perkembangan terbaharu dalam usaha besar-besaran untuk mendapatkan semula wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang menurut penyiasat Amerika Syarikat, sekitar AS$4.5 bilion (S$5.87 bilion) dicuri antara 2009 dan 2014 menerusi sebuah skim rumit yang merentasi pelbagai negara.
“Standard Chartered tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan akan memfailkan rayuan,” kata jurucakap bank itu pada Isnin.
Bank itu mengeluarkan kenyataan kedua pada Selasa, dan menyatakan bahawa dakwaan tersebut “tidak berasas” dan dikenakan terhadap bank itu oleh “syarikat-syarikat palsu yang menyelewengkan dana daripada 1MDB”.
“Kami telah melaporkan aktiviti urus niaga syarikat-syarikat ini sebelum kami menutup akaun mereka pada awal 2013. Kami mengambil berat terhadap tanggungjawab kami dalam memerangi jenayah kewangan demi menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan dan pasaran-pasaran tempat di mana kami beroperasi,” kata jurucakap itu.
Pembubar tidak memberi maklum balas segera terhadap permintaan komen mengenai dakwaan Standard Chartered.
Tiga syarikat di bawah proses pembubaran yang dikaitkan dengan 1MDB menyatakan bahawa Standard Chartered membenarkan lebih 100 pemindahan dalaman antara 2009 dan 2013 yang membantu menyembunyikan aliran dana yang dicuri.
Mereka juga mendakwa bank itu memilih untuk mengabaikan tanda-tanda mencurigakan yang berkaitan dengan pemindahan dana, yang membawa kepada kerugian tersebut, menurut pembubar.
Pembubar menyatakan bahawa dana yang melalui akaun Standard Chartered termasuk pemindahan ke akaun bank peribadi mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, yang kini menjalani hukuman penjara enam tahun setelah disabitkan atas kesalahan rasuah yang ada kaitannya dengan 1MDB.
Sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Singapura dan Switzerland, melancarkan siasatan terhadap urus niaga 1MDB dalam penyiasatan global yang mengaitkan para pegawai kanan dan pegawai bank di seluruh dunia, termasuk Najib dan eksekutif bank Amerika Syarikat Goldman Sachs.
Malaysia menyatakan tahun lalu bahawa ia sudah mendapatkan semula sejumlah RM29 bilion (S$9.14 bilion) aset 1MDB antara 2019 dan Februari 2024. Pada 2016, bank pusat Singapura mengenakan denda sebanyak S$5.2 juta ke atas unit tempatan Standard Chartered atas pelanggaran berhubung pengubahan wang haram berkaitan skandal 1MDB.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.